Pages

Sabtu, 14 November 2009

Selendang kuning - cinta pandang pertama

Wanita sekali pandang...orang bilang rezeki.

Hati mana tidak keruan pabila si dia - wanita yang tidak dikenali tiba-tiba melemparkan sekuntum senyuman yang manis. Aku yang kadang-kadang agak pemalu ini, terus mengalihkan pandangan mata. Tapi hati mula tidak keruan, jantung mula berdegup laju dan nafas juga semakin kencang.

"wah nur kasih.." bisik hati jejaka pemalu ini.

Tinggi orangnya, ayu pula dia berbaju kurung dengan selendang kuning menutupi kepala. Memang taste aku. Terus malu aku lontar ke tepi. Tiba-tiba mata dan kaki aku mula berani untuk mengambil langkah seterusnya. Berani untuk pandang kali kedua. Walaupun kawasan tersebut penuh sesak dengan manusia. Aku masih dapat perhatikan kelibat wanita berselendang kuning itu. Aku perhati betul-betul.

"Laa..patut pun sweet.."

"Patung kat kedai kain rupanya.."

Selasa, 15 September 2009

Alien bermaharajalela di villa Pak Kari

Tapi sejak kebelakangan ini atau perasaan aku sahaja. Ada alien di dalam rumah sewa aku. Serius. Tak kan nak aku menipu bulan ramadhan ini. Ada beberapa kejadian yang mengukuhkan lagi bukti yang menyatakan alien kini berada di Gong Badak atau lebih tepat lagi di villa Pak Kari.
[
Kejadian Pertama.
Kipas ligat berpusing-pusing di dalam bilik. Sedangkan tiada penghuni di dalam bilik-bilik tersebut. Ini mesti angkara alien. Syaitan dan jin diikat bulan ramadhan. Membazir elektrik villa Pak Kari betul. Aliens ini ingat bil tiap-tiap bulan bayar guna pasir. Menurut housemate aku P (untuk pengetahuan aku mempunyai 6 orang housemates), tiap-tiap pagi dia memaksa diri untuk menutup kipas yang terpasang oleh sang aliens ini. Ikutkan hati patut luku sahaja kepala aliens ini.
[
Kejadian Kedua
Selipar dan kasut bertaburan. Rak kasut dan tempat khas sudah tersedia untuk ahli rumah villa Pak Kari. Ini mungkin angkara aliens main suka-suka hati sahaja landing kasut menyebabkan tiada ruang untuk sesetengah housemate aku meletak kasut. Bagi memudahkan kasut dibuka atau disimpan ada sesetengah housemate aku dengan selamba bodoh pakai kasut ke dalam rumah. Aku yakin tidak kurang dari sekali kasut atau selipar itu dibawa ke tandas. Sudah pasti najis dari tandas akan melekat di selipar atau kasut mereka. Bayangkan najis yang akan bertebaran dalam rumah pabila semua dengan tidak sengaja memijak lantai yang kotor itu terus masuk ke dalam rumah. Alien rasanya suka tempat yang kotor. Tidak mengapa. Aku manusia.
[
Kejadian ketiga
Ada ke alien makan menggunakan pinggan?. Bunyinya janggal tapi itulah realiti yang berlaku di villa Pak Kari. Tiap-tiap hari pasti ada sahaja pinggan, cawan dan gelas yang dilonggokkan dalam sinki. Tidak mungkin manusia yang lakukan. Pasti angkara alien yang durjana. Paling menyakitkan hati berhari-hari dan kadang-kadang masuk berminggu pinggan dan cawan dibiarkan begitu. Kotor dan busuk tidak terkata. Alien suka rasanya. Rajin. Bukan rajin tapi terpaksa aku dan P kadang-kadang basuhkan untuk aliens ini.
[
Tup..tup ada balik. Sungguh misteri. Memandangkan tahap kesabaran dan kegeraman diuji sebegitu. P dengan berani membuang pinggan, cawan, gelas dan lain-lain begitu sahaja. Motifnya supaya sang aliens ini insaf. Tapi mata yang agak bulat ini nampak pinggan ini menyerupai piring. Mungkin pinggan itu adalah piring terbang aka kenderaan alien untuk balik ke planet apa entah. Alien terkandas di villa Pak Kari, pasti onar akan terus berlaku. Oh tidak!!!
[
Kejadian keempat
Kisah yang keempat ini agak misteri dan mungkin agak menyeramkan. Biasanya berlaku antara pukul 1.00 hingga 3.00 pagi. Paling tidak akan berlaku 2 kali seminggu. Mula-mula meremang juga bulu roma. Antara takut dan tidur aku terganggu. Takut terus tutup mata sahaja. Pabila sudah puas menutup mata dan tidak boleh tidur dek gangguan suara misteri hampir tiap-tiap minggu. Ini menyebabkan emosi dan hormon dalam badan aku terganggu. Bulan ramadhan sangat menguji kesabaran. Alien ini tidak pernah terfikir ke aku perlu bangun awal untuk bersahur, bersolat dan bekerja. Jika jadual tidur aku terganggu, ia akan menjejaskan kelancaran apa yang dirancang untuk keesokan harinya.
[
Banyak lagi kejadian-kejadian aneh yang terjadi menandakan kewujudan aliens ini. Hidup bermasyarakat memang banyak kerenah. Jika sebelah pihak sahaja main peranan dan sebelah pihak lagi terus membuat onar. Bunyinya tidak adil. Di harap bulan mulia ini kita dapat memperbaiki diri bukan menghidupkan tradisi. Perbuatan yang sama tapi motifnya adalah sangat berbeza. Bersahur, berpuasa, berterawih dan lain-lain amalan kerna mengharapkan ganjaran dari Illahi. Bersahur, berpuasa, berterawih dan lain-lain amalan kerna tradisi keluarga sejak turun temurun.

Isnin, 14 September 2009

Skema ke?

Entri sebelum ini, aku ada menyatakan 'sekadar berkongsi beberapa kisah...' Ini bermakna lebih daripada satu kisah sepatutnya aku coretkan pada entri "Pen vs Jari". Jadi entri terbaru ini boleh dikatakan sambungan dari entri tersebut.
[
Guy A : aku nak g tandas la. Sejuk sangat bilik ni, tak tahan aku.
Guy B : pergi jelah. terkucil kt sini kang susah plak.
[
Dengan yakin si Guy A ini pergi ke depan.
[
Guy A : Miss, may i go out?
[
Hajatnya murni meminta izin dari pensyarah BI sambil mengingati ayat yang biasa digunakan di zaman sekolah. Sambil senyum pensyarah yang agak comel ini mengangguk kepalanya. Tanda membenarkan si Guy A untuk keluar. Terpancar kegirangan di muka si Guy A.
[
Miss S : If someone want go to toilet. Just go. No need to ask for permission. We now at universiti not school.
[
Budak lepasan SPM baru masuk universiti, asuhan dan didikan daripada cikgu-cikgu sekolah masih menebal di jiwa. Mana tahu masuk universiti tidak perlu bangun, tidak perlu beri salam, tidak perlu minta izin dan tidak perlu ucap terima kasih beramai-ramai.

Sabtu, 12 September 2009

Pen vs Jari

Pening kepala aku memikirkan tajuk entri yang sesuai untuk coretan aku kali ini. Terasa lama sangat tidak memaksa jari jemari menari-nari lagak seperti artis di dalam rancangan Sehati Berdansa di atas keyboard.
[
Berdansa mengikut irama atau berdansa dengan mulut terkumat-kamit membilang '5, 6, 7, 8..(sebutan dalam bahasa Inggeris) agar gerak tari yang telah diajar dan dihafal dapat dipersembahkan kepada penonton. Respon dari para juri dan penonton. Biasalah manusia, kalau mengkritik atau mengomen memang gifted (pinjam perkataan penjajah) tidak perlu diajar. Ada sahaja yang tidak kena. Sama seperti jari jemari, erm..baru perasaan kuku ku agak panjang sudah rupanya. Agaknya cool (terpaksa pinjam lagi perkataan penjajah) juga jika dibiarkan buat sementara waktu. Jari jemari aku seperti kaku bukan kerna kuku yang cool ini tapi dek ketandusan idea untuk menulis. Sekadar berkongsi beberapa kisah sementara menunggu waktu berbuka.
[
Pabila menulis, biasanya akan dikaitkan dengan pensil atau pen. Di sekolah cikgu bising jika terdapat anak muridnya menggunakan pen untuk menulis. Di sekolah menengah, "ingat duk sekolah rendah, nak guna pensil lagi untuk menulis..guna pen la sayang..". Nasib baik perkataan 'sayang' digunakan diakhir ayat cikgu Pendidikan Seni semasa aku di tingkatan 1. Bukan apa bila buat silap susah nak padam, pensil ada pemadam. Pen pun ada pemadam. Kebiasaan buku latihan aku akan terkoyak kerna pemadam berwarna biru itu. Zaman kini telah berubah. Pensil dan pen makin dipinggirkan terutama mereka yang sudah bekerja. Mungkin pen lebih bernasib baik digunakan untuk memberi autograf. Pensil untuk melukis. Tapi berapa kerat sangat yang gifted untuk melukis. Kini majoriti menulis hanya dengan menggunakan keyboard dan keypad. Komputer dan handset mula menguasai hidup kita.
[
Kadang-kadang terfikir, adakah suatu hari nanti anak-anak kita mengetahui pensil atau pen pernah digunakan untuk menulis. Atau mereka hanya mengetahui sms, friendster, facebook, blogger dan lain-lain seangkatannya. Oh tidak. Mesti ada yang mempertikaikan kenyataan aku. Bagaimana mereka yang menulis untuk menyiapkan assignment sebagai contoh. "Itu bukan menulis, itu copy and paste dan yang hebat sikit edit. Mengelat namanya". Orang tua selalu berkata ke mana kuah kalau tidak tumpah ke nasi. Sudah menjadi trend muda-mudi sekarang (termasuk mereka yang remaja purba) gila dengan contoh-contoh sesawang yang telah dinyatakan. Jadi tidak mustahil kenyataan aku itu akan menjadi realiti suatu hari nanti.
[
p/s: tension tul fs dn fb kena blok time opis hours :p

Jumaat, 21 Ogos 2009

Ramadhan..macam-macam.

Usol li.....
Usol li....
Usol li...
[
Si A : nak niat ape 2?
Si B : niat pose tuk esok.
Si A : duk usol li..usol li..memang sampai ke pagi esok jawabnya tak dapat niat pose. nawai tu sau ma gha din....
Si B : ooo...ku ingatkan usol li..patut pun dari tadi tak dapat-dapat..
[
[
Allah....hu akhbar Allah....hu akhbar.
[
Berkumandang azan magrib memecah kesunyian, menandakan umat islam yang menunaikan kewajipan seharian di bulan Ramadhan untuk melepaskan lapar dan dahaga.
[
Bismilla hir rahman nir rahim.. Tangan ditadah tanda mensyukuri nikmat Illahi.
Allah..... Nikmatnya rezeki yang dikurniakan di depan mata.
Allah.... Masing-masing berpandangan.
Allah... Masing-masing melihat hamba Allah yang membaca doa.
Allah hum maf tah alai naa...
[
Si A : wei...ko baca doa ape tue?doa buka pose la...
Si B : silap ke?
Si A : Allah hum maka la sum tu...
Si B : yeke..patut pun rasa lain je. tak ingat...

Isnin, 10 Ogos 2009

Ahad, 2 Ogos 2009

Alasan tidak memberi komitmen...

we shout, we laughs, we tough!
[
Bait-bait visi (mungkin) kelab yang ditubuhkan untuk ahli-ahlinya merasai apa yang dinyatakan di atas. Bunyi menarik sekali dan perancangan untuk mencapai visi tersebut pula tampak begitu sempurna. Sangat sempurna di atas kertas dan semasa perbincangan di dalam bilik mesyuarat.
[
Namun pabila dilaksanakan shout, laughs dan tough bagaikan ditinggalkan we begitu sahaja. We sangat mementingkan diri sediri. Murid sekolah rendah pun tahu we ini mengambarkan ramai. Berbalik pada term di atas, we merujuk pada penglibatan semua ahlinya untuk merasai visi yang telah ditetapkan. Mungkin lebih daripada itu.
[
"untungnya korang, dapat staf sebaya je..nak wat pepe pun senang...."
[
Statement yang dikeluarkan staf-staf daripada PTJ lain yang mungkin iri hati. Rasanya segelintir staf PTJ yang dipuji ini tidak merasa apa-apa dengan kelebihan yang dimiliki ini. Baru-baru ini, kelab yang baru belajar merangkak telah menganjurkan satu program untuk merapatkan hubungan kekeluargaan antara staf. Itu objektif utamanya. Kedengaran suara-suara sumbang yang mengatakan kelab tidak aktif. Maka muncullah beberapa insan yang berani menyahut cabaran untuk menutup mulut mereka itu. Tulang belakang ini bertungkus lumus untuk menjayakan program untuk sesempurna yang mungkin. Banyak masa dan tenaga dikorbankan. Hasilnya sangat mengecewakan. Mula timbul isu dan krisis dalaman seterusnya dia membuat keputusan yang dianggap terbaik pada hemahnya. Pada hemah aku, keputusan tidak matang. Terlalu emosi dan marah.
[
Ekoran daripada keputusan yang dibuat, muncul pula hero heroin untuk menyelamatkan keadaan dan hubungan antara pihak yang berkenaan.
[
"ala..bukannya xnak pegi, x ingat nk hantar ...... je"
[
Rasa lega pabila mendapat respon yang agak positif dari majoriti staf yang memberi alasan seperti di atas. Pabila mendapat kuota atau jumlah yang minima untuk menjayakan program ini, ia diteruskan. Ramai sangat yang ingin menikmati pemandangan indah dan anugerah Illahi yang tidak ternilai itu. Jika dibatalkan, ramai akan kecewa. Seminggu sebelum ia dijalankan ramai mengesahkan penyertaan. Tinggal 2-3 hari sebelum ia dijalankan, ada segelintir mereka yang merasai alasan mereka sangat kukuh untuk menarik diri. Kekosongan yang ditinggalkan bagaikan bala kepada urusetia untuk menjayakan program ini.
[
Untuk pengetahuan, 25 orang peserta diperlukan untuk menjayakan program ini. Di masa sekarang, tiada yang percuma. Masuk tandas kena bayar. Terpaksalah urusetia yang terbabit menebalkan muka untuk menjemput orang luar. Jutaan terima kasih diucapkan kepada mereka yang sudi menyertai. Malah bertambah perit, ada urusetia terpaksa membayar kos beratus ringgit kerna staf-staf berkenaan yang menarik diri di saat-saat akhir.
[
Pelbagai alasan diberikan kerna tidak boleh memberi komitmen. Kadang-kadang ia bagaikan mementingkan diri sendiri. Benda ini bukannya diwar-warkan sehari dua. Sudah lama dirancang. Ibu mengandung pun boleh menyertai program dan menjayakan aktiviti yang direncana. Tanpa teman si suami pula tu. Malu la. we shout, we laughs, we tough tidak akan ke mana jika kita terus memberi alasan..
[
- xde duit..
- kena jaga ikan la...
- sori x dpt join..
- standby kt hatcheri..
- nanti la cnfirm mula...
- sib baik ak ad kt kmpus..
- ada kerja la..
- kena g kenduri la..
- famili beso sgt..
- dll (sape berminat nak tambah dialu-alukan, byk lg alasan ni)
[
p/s: hendak seribu daya.

Selasa, 23 Jun 2009

Sabtu, 20 Jun 2009

Tom yam & sengkaya

Tom yam dalam buah nyior, unik..dan rasanya boleh tahan. Display yang menarik. Kemudian dessert pumpkin egg custard atau dikenali sebagai sengkaya, antara 2 makanan yang first time aku rasa setelah hidup berpuluh-puluh tahun di muka bumi. Betul lah orang selalu berkata, jauh perjalanan luas pemandangan.

Release tension, i'm back...





























flying at redang

Setelah beberapa minggu bergelumang dengan kesibukan di hatcheri, pejabat, MASUM dan terbaru SUKUM, membuatkan mental, emosi, badan aku penat yang amat sangat. Peluang mengikuti bengkel di Berjaya Redang sedikit sebanyak meninggalkan segala-segalanya. Tinggalkan sekejap segala masalah untuk terbang bebas..aja-aja fighting =D

Jumaat, 29 Mei 2009

i'm down...

"team staf kuat sangat ke team lain kat terengganu x hebat?"
[
Itu antara sedikit cebisan dialog atau cakap besar pemain staf UMT (termasuk la aku.ha3) sebelum mengadakan perlawanan persahabatan dengan pasukan MSS Terengganu baru-baru ini.
[
"ala budak sekolah, baru setahun jagung. Nak lawan team senior. Pemain-pemain yang dah lama rasa pahit masin garam dunia volley.."
[
Mind set atau tanggapan pertama aku dan rakan sepasukan terhadap prestasi budak-budak sekolah ini. Under estimate kebolehan mereka. Natijahnya 7 set perlawanan persahabatan semua dimenangi pasukan MSST. Down, tertekan dan maruah sedikit tercalar pabila dikalahkan budak-budak sekolah. i'm down. Ubatnya rehat dan usah dikenang something yang sudah lepas. Fokus ke kejohanan sukan staf yang akan berlangsung tidak lama lagi, itu lagi penting. Pengalaman berharga.
[
Mind set pasukan "kita lagi kuat" dan under estimate pasukan lawan menyebabkan pasukan UMT (W) dikalahkan pasukan UUM. Kecewa dan sedih jelas terpancar di muka pemain terutama main six players. Semua tunduk. Tidak berani melihat muka aku. Lebih 1/2 jam mereka mendengar sesi bebelan aku. Agak "panas". Realiti yang patut mereka telan dan terima. At least their got priceless lesson that day.
[
Semua yang berlaku berkaitan dengan diri sendiri. Percaya pada diri sendiri dan pecahkan titik ais yang membeku di dalam hati. Baru kita boleh develop level confident ke tahap maksima. Bunyi seperti sesuatu yang mudah tapi amat complicated untuk dilaksanakan. Kepuasan penting tidak kira menang atau kalah. Kita sudah melakukan apa yang termampu. Bermakna kita telah all out, melakukan sesuatu pada tahap prestasi kita. Keputusannya kita masih berbangga apa yang diperolehi dan boleh mengukir senyuman mendengar pujian bukan kutukan walaupun kita kalah.
[
Aku selalu berpesan kepada pemain cari sesuatu untuk dapat tahap keyakinan diri.
[
"spike, xleh spike, blok, xleh blok, 1st ball, xleh 1st ball, set, xleh set, serve..." cuba untuk buat yang terbaik daripada yang tersenarai di atas. Bangga dengan apa yang disumbangkan bukan tertekan dengan mistakes yang "disumbangkan". No body perfect. Support dari rakan-rakan sepasukan penting. "kalu xleh semua g tgh2 jalan, suh lori gilis je...".he3.
[
p/s: Cikgu pernah berpesan. Buat sesuatu biar puas hati. No regret. Untuk dapatkan semua itu perlukan pengorbanan. Practice make perfect.

Rabu, 27 Mei 2009

monkey & demon

Selasa, 26 Mei 2009

Dongeng, Realiti & Motif

"Bla..bla..bla.."salah seorang daripada kawan aku mengeluarkan kata-kata. Aku yang agak blur dengan apa yang hendak disampaikan, "apa motif ko sob..."soalan itu sering kan aku tanya kembali kepada dia. Dengan laju & ringan tangan serta kaki dia mengejar aku. Nasib baik aku terer, berjaya mengelak ancaman seperti itu. Meminjam kata-kata orang jiwang, langit tidak selalu cerah, ku sangkakan panas sampai ke petang hari. Tiba-tiba hujan di tengahari (ye dok ayat aku nih, men blasah je nih). Jadi kadang-kadang tangan dia sempat juga landing ke bahu aku. Sakit. Tetapi itulah benda yang biasa aku sakat pabila dia mengeluarkan kata-kata.
[
"motif aku macam ni..." ayat untuk menyelamatkan diri bila mula berbicara dengan aku. Tidak perlu aku tanya. Cuma aku tertarik dengan satu statement yang dikeluarkan dia baru-baru ini. "dulu apa motif'y..skang ad dongeng & realiti.." Aku hanya membalas dengan satu senyuman yang agak manis.
[
Menyentuh mengenai dongeng dan realiti, itulah 2 perkataan keramat yang biasa aku gunakan untuk menaikkan motivasi pemain di UUM minggu lepas. Tidak pasti ia membakar semangat atau masuk telinga kanan keluar telinga kiri. Secara realiti kedua-dua pasukan berjaya melangkah ke suku akhir. Tahniah.
[
UMT vs UKM. UMT vs UTM.
[
Secara dongengnya, mustahil untuk UMT mengalahkan pasukan-pasukan gergasi ini. Realiti selepas perlawanan, erm...berjaya juga pemain-pemain menyekat pasukan gergasi ini daripada menang teruk - memetik kata-kata Wak - Realiti kita boleh melawan. Bukan boleh atau senang di "ayam-ayam" kan pasukan pilihan ini. Keluar peluh jantan juga pasukan ini berlawan dengan pasukan UMT.
[
"Menyentuh mengenai kisah dongeng, kita tidak akan dapat mengalahkan mereka, mungkin itu sudah tersurat pada qada' & qadar. tapi ingat, ALLAH berikan kita sesuatu yang istimewa dipanggil usaha. Dari usaha tanpa mengenal erti putus asa kita akan mengubah (walaupun tidak banyak) realiti yang akan ditempuhi sekejap lagi. Tunjukkan pada mereka kisah dongeng ini tidak semestinya penamat seperti ini."
[
p/s: Kisah-kisah dongeng selalunya happy ending. Katak menjadi putera raja, gadis kampung menjadi puteri raja, dapat harta karun yang melimpah ruah dll. Tetapi yang penting ia tersirat dengan 1001 moral yang boleh dibuat pengajaran untuk penambah baikan realiti kehidupan kita sehari-hari.

Ahad, 10 Mei 2009

erm...sunrise

erm...pemandangan yang sempat aku snap menggunakan SLR Bob selepas menyelak tirai tingkap rumah bos di tepi pantai Batu Rakit, Terengganu. Suasana hening pada 6.30 pagi pada 11 Mei 2009.

Isnin, 6 April 2009