Pages

Rabu, 25 Februari 2009

Better i step out..

Attitude, unmotivated, dispointed, tired...better i step out.
[
Dah lama terpendam di dalam hati. Dari tahun lepas. Aku nyatakan hasrat untuk melupakan segalanya berkaitan dengan dia. Tetapi..hati tidak mampu untuk mengatakan tidak. Sebab. Kesian. Kerna perasaan itulah, aku berikannya peluang sekali lagi. Dengan bersyarat. Aku rasa syarat yang mudah. Tetapi agak sukar untuk dilaksanakan. But i keep my promise. Walaupun syarat yang diberikan tidak dapat dipenuhi dengan sempurna. i accepted. Keputusan dibuat untuk terus bersama-sama. Memberi tunjuk ajar, menunjukkan jalan yang betul supaya menjadi lebih baik. Terdetik di dalam hati, i'm not the best, not better enough mengubah keadaan sekarang menjadi seperti dulu.
[
Keadaan makin bertambah teruk. Makin make me so dispointed. Aku tidak boleh berterusan dengan attitude sebegini. Kawan. So close. Mungkin itu antara sebab musabab aku kurang dihormati. Aku tidak kisah. At least be motivate. i'm tired to tell the same thing always. Lama-lama bosan dan meluat untuk didengari. Boleh fikir sendiri. Sebab itu digelar mahasiswa universiti. Sebenarnya aku tiada kekuatan lagi untuk berterus terang mengenai hasrat ini. Down. Itu paling aku bimbangi. Aku teruskan. Will wasting my time. Tidak terkecuali beberapa individu yang still has huge motivation. Also will waste your time. Mungkin ada yang berpendapat aku terlalu emosi bila membuat keputusan ini. Merajuk, bla..bla..bla..Biar.
[
Aku hanya mampu melayan liuk lentik jari jemari untuk menyatakan hasrat yang terbuku di hati. Entri ini bukan untuk membuat sesiapa terluka atau berkecil hati. Jika jawapannya ya. i'm really sorry. Bukan lari dari tanggung jawab. Tapi aku ada reason why i do that. Memetik kata-kata Prof.."buat apa nk buang masa, kalu kita pergi utk kalah". Mungkin ada betul juga kata-kata beliau. Membuat aku sentiasa teringat dengan kata-kata itu. Minggu terakhir untuk menyumbang bakti.
[
i will resign and step out being a coach.

Sabtu, 21 Februari 2009

i'm not ......

gal: awak..sy nk bgtau s'thing. tp..
guy: erm..ape dia..ckp jelah..mana tau sy leh bntu..
gal: sy takut..
guy: y??
gal: sy takut..sgt takut awk dh x sudi bkwn ngn sy..
guy: erm..sy x phm ape yg awk nk sampai'n.
gal: ia ad kaitn wit my past..my mistake..
guy: benda yg dh b'laku biar'n jelah..jgn d'pk kn lg yek..
gal: i'm not virgin.
[
Aku hanya mampu menelan air liur, tiba-tiba jantung berdengup kencang pada malam itu. Sangat kuat. Dengupan jantung bagaikan hendak membelah dada. Jari jemari menjadi kaku. Hilang kekuatan. Hilang kemampuan. sms dengan si dia terhenti untuk sementara. Aku tidak punya idea untuk memberi nasihat kepadanya seperti sebelum ini. Pabila terpampang di skrin handphone "i'm not virgin".
[
Kenapa dia memberitahu kepada aku? Kenapa aku jadi begini? Di mana kekuatan aku sebelum ini? Apa yang patut aku katakan padanya? Patutkah aku memberitahu perkara sebenar atau menipu untuk menjaga hatinya?
[
tet..tet..
[
gal: k awk..take care.
guy: .......

Khamis, 19 Februari 2009

Selasa, 17 Februari 2009

Sabtu, 7 Februari 2009

practical - chapter 2

Hotel murah di Rompin menjadi pilihan untuk aku dan yang lain-lain berehat sebelum meneruskan perjalanan ke Pekan. Teringat beberapa peristiwa yang agak melucukan semasa aku menginap di hotel itu. Hotel murah ini terlalu kecil untuk memuatkan aku dan rakan-rakan yang lain. Tiada tempat untuk aku dan yang lain-lain untuk bersolat. Alternatifnya, bersolat di atas katil. Seorang demi seorang bersembahyang di atas katil itu. Semasa aku bersolat pun telah dapat rasakan yang katil ini tidak beberapa stabil. Huyung hayang. Sehinggalah giliran seorang kawan aku yang mempunyai susuk badan agak berisi. Dengan yakin dia pun naik dan solat di atas katil. Takbir ratulihram dan semasa berdiri tegak, alhamdulillah ok. Hah..masa rukuk, "eak" kedengaran bunyi yang menjanggalkan. Iktidal "eok"..dan seterusnya "eak..eok..eak..eok..".."ni kalu cmni, rakaat yang kedua msti ad yg t'sungkur kt lantai" tiba-tiba ada yang bersuara semasa mamat tadi sedang solat. "hahaha..."gelak memecah kesunyian dalam bilik hotel sehingga mamat tadi tidak dapat meneruskan solatnya. Tidak khusyuk kerna katil yang tidak stabil dan gangguan persekitaran.
[
Mandi pagi, sejuknya air di situ bagaikan dirasa sampai ke tulang sum-sum (cm citer komik la lak). Selepas mandi baru perasaan ada heater di dalam bilik air. Kalau perasaan pun, bukannya tahu guna. Dengan yakin, aku cubalah guna heater tadi. Abih puas pulas. Sama sahaja air dari heater pun. Masih sejuk. "biar jelah"..aku keluar dari bilik air. Selepas beberapa minit, kawan aku pula masuk ke bilik air. "arghh...panas..panas..panas..sape punya keje ni..nk bunuh ak ke ape"..sayup kedengaran jeritan dia dari bilik air. Wasap-wasap putih memenuhi ruang udara bilik air pabila pintunya dibuka. "ooo..buke heater dulu, biar bape minit..baru air jd panas.." aku telah belajar sesuatu yang baru. Yang lain-lain seperti biasa gelak sakan. Selepas bersiap, kami bersarapan. Pekan, kami dalam perjalanan. Tunggu ke datangan kami. Semangat aku dan tidak sabar-sabar untuk ke tempat praktikal. Selepas sejam lebih perjalanan yang dihiasi pantai di kanan dan paya bakau di kiri aku. Tiba akhirnya aku di SCE. Tempat aku bakal untuk menjalani latihan praktikal. "ye dok kt cni aku praktikal nnti" keluh hati kecil aku. Serba tidak kena. Tidak seperti yang aku saksikan di dalam video semasa kelas amali Dr A....
[
Dari jauh kelihatan bangunan-bangunan usang. Sangat usang. Ia dihuni pekerja-pekerja kilang yang kebanyakan orang seberang - Indonesia. Kolam-kolam yang sangat besar. Aku rasa paling kecil pun sebesar padang bola sepak. Ingatkan kolam di tempat aku belajar dulu besar. 4 kolam di tempat aku belajar baru sama dengan 1 kolam di sini (cuba anda bayangkan). Setiap kolam aku dapat perhatikan sesuatu yang berputar laju bagi mengerakkan air. Paddle wheel. Itulah nama kincir air yang sentiasa ligat berpusing di dalam kolam-kolam. Cuma..pondok-pondok di tepi kolam sahaja yang mencacatkan sedikit pemandangan. Pendaftaran di pejabat dan kemudian kami dibawa ke asrama bagi penempatan pelajar praktikal. Aku serta yang lain-lain ditempatkan di 1 blok bersama pekerja-pekerja syarikat ini. Uuu..teruknya penginapan itu sangat sukar digambarkan dengan kata-kata.
[
Teringat aku pada seorang pekerjanya. Memakai rantai emas sebesar ibu jari kemas di lehernya. Kulitnya agak gelap jika dibandingkan dengan aku. Riaknya muka seperti seorang samseng. Haihh..cuak juga aku masa mula-mula sampai di asrama ini. Tandas. Erm.. aku rasa bagaikan berada ditempat pembunuhan. Sangat kotor dengan tut.. tersumbat di dalam kebanyakan tandas. Arghh..eh silap..eee..geli..Tiba-tiba tekak aku terasa dahaga. Aku panaskan air menggunakan heater. Loya bila airnya mula membasahi tekak aku. Kerna terlalu dahaga, terpaksa aku telan jua. Hari pertama sahaja pelbagai perkara yang berlaku menyebabkan hati tidak selesa dengan tempat ini. Hati kecil sentiasa memberontak untuk dipindahkan ke tempat lain. Tetapi fakulti telah tetapkan masa, hanya selepas 2 minggu. Pilihan akan diberikan sama ada untuk terus tinggal atau meninggalkan tempat yang aku jalani praktikal. Terpaksa menunggu.

Khamis, 5 Februari 2009

Practical - chapter 1 : journey

Diploma tahun 2 jika aku tidak silap. Dr A.... telah menayangkan video mengenai ternakan belut yang dijalankan oleh sebuah syarikat Taiwan di Pahang. Teruja aku melihat belut dengan lahap menyambar makanan, kolam-kolam yang hijau kebiruan, infrastruktur, keindahan, kecantikan pemandangan kawasan ternakan belut terutama di waktu malam. Hati aku membuak-buak untuk menjalankan praktikal di situ bila semester 5 nanti. Selain sebab di atas, satu sebab utama yang menguatkan lagi nafsu aku untuk ke sana adalah dekat dengan kampung halaman. Pejam celik pejam celik tanpa aku sedari, senarai tempat untuk menjalani praktikal mula ditampal dipapan notis oleh pegawai yang berkenaan.
[
5 kekosongan, berebut aku dan kawan-kawan yang lain untuk mendapatkan tempat itu. Elaun, penginapan dan pengangkutan diberikan. Bonus bagi aku dan yang lain-lain. Buka sahaja semester 5, aku ke fakulti. Daftar praktikal. Seterusnya pada malamnya, bermula perjalanan yang menyebabkan kecintaan aku terhadap bidang akuakultur makin meluap-meluap. Diploma, kumpulan aku dilayan bagaikan budak sekolah. Aku dan kawan-kawan dihantar ke tempat praktikal menggunakan bas universiti. Masih mentah, itu difikirkan oleh pihak pengurusan. Perlu pengawasan dari pegawai yang bertanggungjawab.
[
Melaka, destinasi pertama yang aku tempuhi selepas mengharungi pekat malam perjalanan yang agak lama dari Terengganu. Kumpulan demi kumpulan mula turun ke tempat praktikal masing-masing. Bandar Melaka, apa entah nama tempat itu. Tidak ingat aku. Masih segar difikiran sebuah bangunan pentadbiran dan bentuk masjidnya yang agak pelik. 3 orang melapor diri di situ. Kemudian perjalanan diteruskan ke Batu Berendam. Mereka yang awal-awal ini agak bertuah kerana tempat praktikal dan penginapan berdekatan dengan bandar. Seterusnya ke Alor Gajah. Perjalanan yang sangat meletihkan. Dari jalan besar, lurus dan besar. Bertukar kepada jalan kampung, kecil dan bengkak bengkok bagaikan ular yang dipalu. Kiri kanan mata aku disajikan dengan pokok kelapa sawit dan hutan tebal menghijau. Pada mula agak mendamaikan. Tetapi lama kelamaan..
[
Bosan. Sangat membosankan pabila destinasi yang seterusnya ini tidak kunjung tiba. Itu yang dapat aku gambarkan. Puas menunggu dan kadang-kadang membuatkan aku mabuk. Sehinggalah bas sampai di sebuah kampung yang jalannya mati. Kawasan tanah tinggi yang sangat mendamaikan. Dikelilingi gunung-gunung yang menyejukkan mata memandang. Di bawahnya kolam-kolam ternakan ikan. Memang sangat sesuai untuk projek akuakultur. Masing-masing mula melihat handset yang dibawa. "wah...xde bar langsung" keluh seorang daripada budak-budak aku. "sib baik aku gune celcom, ad gak 1-2 bar" balas yang lain. Aku pun tidak tahu kenapalah penting sangat handset dalam kehidupan mereka. Public phone juga dihati.
[
"Nasib korg la dpt kwsn jin bertandang, msti keras kwsn ni" usik kawan-kawan aku yang lain. Disambut dengan derai ketawa. Celupar sungguh mulut mereka. Kebanyakan pelajar-pelajar tidak tahu suasana tempat praktikal seperti mana. Hanya mendengar cerita daripada senior sahaja. Atas luck sama ada dapat kawasan terpencil di dalam hutan atau berdekatan dengan kawasan orang ramai. Malaysia, mana ada orang buat akuakultur di kawasan bandar. Mustahil. Nak atau tak nak, terpaksalah terima seadanya. Dari Melaka ke Johor. Gelang Patah, menjadi destinasi seterusnya untuk menghantar budak-budak untuk menjalankan praktikal. Dekat dengan bandar. Sesuai dengan perangai budak-budak yang koya dengan kehidupan bandar (skang dorg smua kamcing ngn aku.ha3). Tidak mahu campur dengan orang-orang pantai timur. Lantak. Aku tidak rugi apa-apa pun.
[
Kemudian perjalanan diteruskan ke Mersing. Daerah di Johor yang agak terpencil dengan arus pembangunan. Terlalu penat mengharungi perjalanan sepanjang masa. Mata aku bagaikan diletak batu yang sangat berat, sehinggakan aku tidak mampu lagi menahannya. Hanya tidur sahaja dapat mengatasinya. Aku lelap buat sementara. Sehinggalah sampai di satu kawasan. Bagaikan dilanda gempa bumi, aku terjaga dari buaian mimpi pabila bas melalui jalan jauh terperosok dari orang ramai. Jalan yang hanya beralaskan batu-batu. Menurut penyelia di sana hanya telefon satelit sahaja dapat menghubungkan kawasan itu dengan dunia luar. Kesian. Tapi hendak buat bagaimana. Itu pilihan yang telah dibuat. Mungkin ada benarnya kata-kata orang yang berjaya adalah mereka yang bijak membuat keputusan dengan tepat.
[
Pada malam itu juga, kumpulan ini ditinggalkan. Walaupun salah seorang daripada mereka seperti merayu-rayu supaya tidak ditinggalkan. Perancangan telah dibuat. Senyuman yang agak kelat terukir dibibir mereka. Bas terus berlalu pergi. Hanya lambaian selamat tinggal sahaja yang mampu aku berikan. Di dalam bas sangat lenggang kerna kumpulan aku sahaja yang belum sampai di tempat praktikal. 5 orang pelajar, 2 pegawai dan 2 orang pemandu bas. Kebas punggung aku setelah berada di dalam bas melebihi 24 jam. Azabnya erm...hanya tuhan sahaja yang tahu. Pabila bas memasuki Rompin, pegawai yang bertanggungjawab membuat keputusan untuk berehat di situ terlebih dahulu kerna perjalanan masih jauh. Dicadangkan perjalanan disambung esok.

Isnin, 2 Februari 2009

aku, lelaki, wanita & ....part IV

Bukan aku sombong. Aku lebih suka untuk berkawan dengan kaum lelaki. Itu merupakan masalah utama kenapa aku tidak boleh bercampur gaul dengan wanita. Tambahan pula ada segelintir kawan aku terdiri daripada golongan "ala-ala" (ala lelaki lembut). Ini menyebabkan ada pihak yang tidak bertanggungjawab, menganggap aku ini bukan lelaki yang normal. Bengkak bengkok. Lelaki yang suka pada lelaki. MasyaALLAH mohon dijauhkan daripada perkara yang keji ini. Aku bukan ... seperti sesetengah orang fikirkan. Aku normal. Ada perasaan untuk menyukai, disukai, menyayangi, disayangi, mencintai, dicintai WANITA. Cuma kawan-kawan dan 'volley" sahaja bertahta dihati. "Mereka" sentiasa membuat aku ceria dan membuat aku tidak mengerti apa itu kesunyian (dh keje rasa gak sunyi.huhuhu).
[
Tidak salah kita berkawan dengan sesiapa sahaja. "Penting niat dan keikhlasan" memetik kata-kata tanpa nama. Jangan menjadi lalang, mengikut ke mana sahaja pabila ditiup angin. Yang baik jadikan tauladan, yang jahat biarkan ia menjadi sempadan yang amat sukar untuk kita seberangi. Biar menjadi ikan di lautan. Walau betapa masin air laut biru, ia sedikit pun tidak menyebabkan ikan ini berasa masin (ikan masin x kira la). Tapi jangan menjadi seperti anak ikan yang degil, kerna mahu melihat dunia yang sebenar. Si anak ikan ini mengabaikan nasihat sang ibu, terpedaya dengan lambaian dan pujukan umpan dimana tersembunyinya mata kail. Bila tersedar, tup..tup..di dalam kuali yang panas. Tiada makna semua itu. Menanti untuk diratah dengan lahap pengail yang berjaya memperdayakannya.
[
Rasa teruja pula untuk berkongsi cerita dengan golongan "ala-ala" ini. Kalau lah mereka tahu aku "publish", mesti sumpah seranah akan sampai ke telinga. Itulah mereka, suka cakap lepas. Mula-mula bergaul dengan mereka, erm..sakit hati, panas dan kadang-kadang emosi terganggu juga bila selalu di"pangkah" tahap maksima. Kini, immunisasi aku terlalu kebal untuk menangkis serangan seperti itu. Lali dan menjadi perkara biasa. Masak sangat dengan perangai golongan ini. Kadang-kadang aku "smash" boleh tahan juga dahsyatnya. Teringat satu peristiwa di UPM, semasa MASUM 2001. Tengah malam buta, tiba-tiba terdengar ketukan di pintu bilik aku. "Hantu ke?" spontan soalan itu muncul difikiran. Kerna ketukan itu terus memecah kesunyian, dalam takut aku beranikan diri membuka pintu. Dengan mata masih kabur dan kepala tengah mamai.
[
Tiba-tiba mataku terpaku dengan kelibat seseorang yang sangat aku kenali. "Jualiana Banos?". Penyanyi yang popular dengan lagu "yang mana 1" anak didikan KRU suatu ketika dulu. "Tidak mungkin minah "mixed" nie dtg ke bilik aku, apa kejadahnya". Satu demi satu soalan mula menghantui aku. Hinggalah aku terpandang sesuatu yang merungkai segala persoalan tadi. Sesuatu yang aku perolehi secara percuma pabila mencapai akil baligh. "xkn la wanita ada HALKUM". Haa..lelaki "ala-ala" rupanya. Serius muka dia sangat-sangat persis Juliana Banos. Dengan selamba dia dan 2 orang lagi kawannya masuk ke bilik aku. Terus duduk di atas tilam empuk kawan sebilik aku. Aku hanya mampu memandang dengan penuh kehairanan. "relax r, dorg smua kwn 'kak long'" tiba-tiba kawan aku memberi penjelasan.
[
AYU. Itulah nama tuan empunya badan yang mempunyai wajah seperti Juliana Banos. Erm.. sungguh ayu dan sopan 'mamat' bernama Ayu ini. Kebetulan ada lagi seorang kawannya, Ayu juga namanya. Gambaran. Tidak seperti Ayu yang mula-mula tadi, sungguh erm... Lelaki mana boleh jadi wanita. Itu sahaja yang aku boleh bagi komen. Pelbagai lagi kisah yang hendak ditulis, berkaitan dengan AKU, LELAKI, WANITA & ... ini. Tetapi coretan pendek aku ini sahaja telah mencecah 'part iv'. Pengalaman, suka duka perjalanan hidup mematangkan fikiran AKU, belajar untuk menjadi LELAKI yang mula menghargai WANITA. Semestinya aku bukan ....