Pages

Isnin, 18 Januari 2010

Fobia

~ phobia 2 ~

Tengah khusyuk aku menonton filem seram Thailand ini.

Aaah...

Refleksi secara spontan dan secara tiba-tiba kawan di sebelah kiri menyebabkan aku pun terkejut. Terkejut akibat satu adegan yang rasanya tidak berapa seram. Tetapi terangkat jugala punggung dari kerusi untuk berapa saat.

Kejadian yang berlaku beberapa bulan yang lepas

Flashback
zezzzzzrr....

Kejadian yang berlaku kira-kira 5 tahun lepas.

Berlaku di dalam bas. Semasa perjalanan aku ke negeri jelapang padi. Seperti biasa dan kebanyakan penumpang yang lain. Dapat tidur sepanjang perjalanan suatu yang nikmat.

Haaaah....

Tiba-tiba aku terkejut. Terangkat kaki dan tangan aku di dalam ruang seat bas yang sempit itu. Ia menyebabkan aku terjaga dari tidur. Pabila kesamaran mata mulai terang. Aku dapat perhatikan penumpang di kiri kanan, juga di depan belakang aku juga terkejut akibat refleksi maha hebat tersebut. Cover malu, dengan perlahan-perlahan aku menutup semula mata yang agak bulat ini. Berpura-pura tidur seperti tiada apa yang berlaku.

Keesokkan harinya...

"Kau kenapa semalam? tiba-tiba macam kena sawan aku tengok..sakit jantung aku rasa.."salah seorang kawan aku memulakan bicara. "Ada ke yang perasaan?.." bisik hati kecil aku. "Nightmare semalam.." jawab aku dengan perlahan.

Alam mimpi..

Di dalam sebuah rumah di waktu senja. Tiba-tiba seekor keluang terbang mengelilingi ruang udara di dalam rumah tersebut. Mula menganggu keharmonian isi rumah. Mengganggu adik aku. Tidak boleh dibiarkan. Aku mesti lakukan sesuatu. Aku cuba menghalau keluang tersebut. Tetapi lain pula jadinya, keluang itu tiba-tiba hinggap di lengan. Tiba-tiba aku panik. Hero tidak boleh panik. Aku terus mengibaskan tangan sekuat hati. Terus mengerakkan tangan. Laju dan laju dan semakin laju..

Haaaah...

Dengan sepenuh tenaga, terpelanting keluang itu dari lengan.
~sambungan cerita rujuk perenggan di atas~

Isnin, 4 Januari 2010

Salam penghargaan

Assalamualaikum w.b.t

"Happy birthday ~ semoga panjang umur, murah rezeki (moga dapat jawatan tetap) dan kahwin cepat"..

Kesimpulan ucapan-ucapan yang disampaikan sahabat-sahabat 2-3 hari lepas. Harap masin la mulut sahabat-sahabat aku ini. Terima kasih semua. Haih...rasanya terlalu cepat masa berlalu. Banyak lagi yang belum selesai. Perlu berhadapan pula dengan situasi baru, azam baru mungkin, umur baru dan serba serbi baru. Tidak terkejar dibuatnya. Perancangan dan pelaksanaan dengan usaha yang bersungguh-sungguh diharap (InsyaALLAH) dapat ditempuhi sebaiknya untuk tahun ini.

Melompat lebih tinggi ~ azam 2010, supaya ia menjadi realiti untuk aku lakukan anjakan paradigma. Bukan hanya menjadi mimpi, sangat indah diperhatikan tetapi tidak dapat dirasai seperti tahun-tahun sebelum.

Amin