Pages

Selasa, 30 Mac 2010

Hubungan kita....

"Hubungan kita di dalam dunia ada 2..1. Hubungan kita dengan Allah. 2. Hubungan kita dengan manusia..."
[
Mukadimah khutbah kedua di Masjid KUSZA yang sempat masuk ke telinga kanan dan tidak sempat keluar di telinga kiri.
[
"Sekarang ramai menggunakan telefon bimbit atau handphone untuk berhubungan sesama manusia..ramai juga yang membawa handphone semasa datang ke masjid. Hukumnya harus bawa handphone ke masjid.."
[
"Masalahnya para jemaah yang datang ke masjid kadang kala tidak off atau senyapkan (silent) handphone yang dibawanya. Semasa sembahyang, tiba-tiba kedengaran bunyi lagu atau terasa getaran (vibration) jika senyapkan handphone. Perkara ini secara langsung telah menganggu hubungan kita dengan Allah.." tambah khatib yang bertugas pada minggu tersebut.
[
Berkaitan dengan khutbah tersebut, beberapa kejadian yang menimpa diri aku sendiri menyebabkan isi kandungan yang disampaikan begitu dekat dan lekat di hati. Terasa makan dalam dan panas juga telinga mendengar khutbah tersebut.
[
Pada suatu malam, tatkala aku mengangkat takbirratulihram.
[
Allahuakhbar...
[
Mulut mula terkumat kamit membaca fatihah.
[
[
Handphone aku pula mula mendendang lagu tersebut. Full lagu. Aku sudahlah tidak berapa khusyuk, fikir pula pasal handphone yang sedang berbunyi itu. Sudah selesai 2 rakaat pun lagu tersebut masih kedengaran.
[
Selang beberapa hari aku tukar profile lagu. Dan sekali lagi, baru sahaja rakaat pertama.
[
[
Bayangkan semasa solat kedengaran full lagu ini. Haihh..
[
p/s: Better guna tet tet je untuk message alert tone. ;p