Pages

Selasa, 23 Februari 2010

Bucket of list ~ before i'm going 33

Biasanya sering kita disogokkan dengan azam tahun baru. Azam yang diharap untuk melakukan anjakan atau perubahan supaya keadaan menjadi lebih baik dari tahun-tahun sebelumnya. Seperti biasa juga, hanya mampu berazam tanpa berusaha. Hasilnya... erm kena azam semula azam yang tidak dapat dilaksanakan. Begitulah seterusnya tanpa kesudahan.

Baru-baru ini, aku sempat membelek sebuah majalah yang memaparkan satu artikel yang sangat menarik. Sangat ringkas dan sesuai untuk dikongsi bersama-sama. Mungkin juga dapat menggantikan apa-apa sahaja yang diazamkan setiap tahun. Mungkin tempoh masa yang lebih lama (bergantung pada umur kita masing-masing) membolehkan kita mencapai apa yang disenaraikan sebelum mencapai umur yang ditetapkan.

Senarai perkara (bucket of list) yang mesti aku capai atau dapat sebelum menjangkau 33 tahun

Kerja tetap~bosan dengan janji kosong..teringat sindiran seseorang "kontrak sampai ke pencen la kau.."
Gaji min RM 3.000.00/bulan~bayangkan basic gaji penolong yang duk saje lagi mahal dari gaji aku sekarang.
Akaun dalam bank min RM 10.000.00~terpaksa kurangkan aktiviti bersosial
Ada kereta~ayah aku bising suruh beli kereta cepat-cepat..vios ke city???
Rumah~perancangan awal sebelum mendirikan masjid
Berkahwin~InsyaALLAH kalau ada jodoh tidak ke mana.
Honeymoon di Koh Phi Phi~tertarik dengan kecantikkan pulau di Thailand ini.
Anak~penyeri rumah tangga.
Master dalam bidang akuakultur~perkara lama yang telah diazamkan. kekangan tertentu terpaksa ditangguh buat sementara waktu.
Wakil negeri untuk bermain volleyball~haih boleh lagi ke untuk menyaingi pemain-pemain muda.

Selasa, 2 Februari 2010

You know you're in love when...

Mode jiwang di bulan Febuari...

Selalu memikirkan si dia…
~ erm...kadang-kadang membuat aku lupa pasal volleyball ~

Timbul perasaan malu pabila bersama si dia…
~ tidak tahu kenapa tiba-tiba lidah kelu untuk berkata-kata ~

Pabila melihat si dia, jantung mula berdegup laju dan semakin laju…
~ sentiasa berdebar-debar dan rasa sesuatu yang janggal, tidak dapat digambarkan dengan kata-kata ~

Ingin tahu semua perkara mengenai si dia…
~ tak kenal maka tak cinta, betul la kata orang ~

Hanya si dia yang akan kelihatan di antara ramai-ramai yang berada di sekeliling…
~ naluri kehadirannya terlalu kuat menyebabkan aku buta ~

Mula membaca mesej si dia berulang-ulang kali…
~ hormon kegembiraan tidak dapat dikawal ~

Tanpa sebarang alasan senyuman terukir di bibir pabila mendengar suara si dia…
~ hello..waalaikummusalam ~

Lagu-lagu SLOW mula masuk dengan halwa telinga...
~ 1234...lalala ~

Suka memberi hadiah…
~ ermm ~

Terasa berat badan makin bertambah
~ not really sure ~

Sukar untuk tidur…sedar realiti lebih indah dari mimpi…
~ biasanya tidur awal - penat kerja ~

Timbul perasaan rindu
~ walaupun baru lepas 2 minit berjumpa atau bercakap di dalam telefon ~

Sanggup lakukan apa sahaja untuk si dia
~ you jump I jump ~

Setelah membaca semua senarai di atas, akan terlintas seseorang di dalam fikiran anda sepanjang masa
~ senyum ~