Sabtu, 21 Mac 2009

contract lover

Bukan diri sendiri. Pretending menjadi orang lain mengikut syarat-syarat yang telah ditetapkan di dalam kontrak. Dibayar setelah selesai tugas dan tempoh yang telah dipersetujui. Terpaksa korbankan maruah?perasaan cinta?
[
Kisah sepasang kekasih yang tengah hangat bercinta. Kekangan dan halangan daripada keluarga yang masih menebal mengamalkan budaya timur. Dipenuhi dan diwarnai pelbagai adat resam yang diwarisi sejak turun temurun. Si lelaki beranggapan ayahnya tidak akan dapat menerima kekasih sebagai suri penyeri hidupnya. Alasan, kekasihnya merupakan orang bandar dan berkelulusan luar negara. Tingkah laku dan kehidupan yang banyak dipengaruhi budaya Barat. Bagaimana keluarga yang konservatif boleh menerimanya. Penyelesaiannya. Si wanita mendapat idea yang mungkin tidak diperhalusi secara pro dan kontra, mencadangkan pencinta kontrak untuk kekasihnya.
[
Contract lover. Seorang wanita yang naif, miskin dan berasal dari luar bandar. Disebalik semua itu, wanita ini seorang yang bijak dan memiliki rupa paras yang menawan. Keadaan yang memaksa. Desakan hidup menyebabkan dia terpaksa dan sanggup menjadi pencinta kontrak untuk mendapatkan wang demi keluarga & pelajaran. Menandatangani kontrak yang disediakan menandakan terpaksa melakukan apa yang telah termaktub dalam syarat. Bayaran mengikut apa yang telah dijanjikan. Daripada gadis kampung yang pemalu dia diajar supaya menjadi gadis bandar yang hanyut dan telah lemas dengan kota metropolitan. Tujuannya mudah untuk menyakiti hati keluarga lelaki supaya membencinya dan menghalaunya. Seterusnya akan memberikan ruang kepada kekasih sebenar si lelaki untuk diterima oleh keluarga konservatif ini. Apa yang dirancang tidak semestinya dapat dilaksanakan dan dipenuhi secara realiti.
[
Wanita ini mengubah segala-segalanya. Apa yang dibuat untuk dia dibenci dan disisihkan semua dapat diterima dengan hati yang terbuka. Mengubah level confident adik bongsu si lelaki. Mengubah penampilan ibu si lelaki. Mengikis sifat malu dan pendiam mak cik si lelaki. Mengubah pegangan konservatif ayah si lelaki. Si lelaki? Bibit-bibit perasaan mula terbentuk di lubuk hati. Ego masih menguasai diri.
[
Di suatu pagi yang hening. Berlaku suatu perbualan antara lelaki (A) dan si lelaki itu (B).
[
Guy A: Cinta. Apa yang akan dirasai jika kita jatuh cinta pada seorang wanita?
Guy B: Susah untuk melelapkan mata. Sentiasa teringatkan si dia.
Guy A: .....
Guy B: Berbebar-bebar bila bertemu si dia.
Guy A: .....
Guy B: Ingin tahu semua mengenai si dia. Apa yang difikirkannya, apa yang dimimpikannya..
Guy A: .....
Guy B: Dihimpit perasaan cemburu pabila si dia didekati orang lain.
Guy A: .....
Guy B: Diselubungi perasaan rindu.
Guy A: .....
Guy B: Si dia tahu apa yang kita suka.
Guy A: .....
[
Tamat perbualan. Si lelaki ini tidak sedar apa yang diperkatakan kepada lelaki (Guy A) kini dirasainya bersama contract lover. Terikat dengan perjanjian bersama kekasih sebenarnya. Perasaan ego. Campur tangan keluarga. Terpaksa membuat pilihan yang tepat. Tempoh yang diberikan terasa singkat. Contract lover berjaya melakukan tugasnya dengan sempurna dan terus membawa diri. Bersama-sama perasaannya yang disembunyikan dengan begitu rapi. Pabila ruang yang dibina untuk membolehkan si lelaki bersama kekasih asalnya untuk hidup bersama. Si lelaki tidak merasai kebahagiaan yang dikecapi sebelum ini. Dia mula memikirkan contract lover. Timbul perasaan rindu terhadap contract lover. Semuanya berkaitan si contract lover.

Rabu, 18 Mac 2009

sebuah kisah klasik, beauty and the beast...

She so beautiful, so so beauty. No physical disability. Perfect my be. How could she fall in love with the beast..
[
Erm..cerita dongeng. Menceritakan bagaimana bibit perasaan suka, cinta dan sayang timbul di antara si gadis dan beast (menatang kot term yang sesuai kalu duk ganu). Mungkin ada yang sudah lupa bagaimana kisah ini bermula. Mengembalikan dan mengingati balik memori aku dan juga mereka yang berminat. Mengisahkan anak bongsu sang saudagar yang terpaksa tinggal dengan Beast kerna ingin menyelamatkan ayahnya. Semasa ayahnya sesat di dalam hutan. Haus, lapar dan juga kepenatan. Tiba-tiba matanya terpaku dan terkasima dengan istana yang tersergam indah di dalam hutan. Meluru ia masuk, tanpa memikirkan akibat yang akan diterima. Semua nampak sempurna. Dipenuhi barangan mewah, kemas dan dijaga rapi. Makanan di atas meja juga dilahap tanpa segan silu.
[
Dia tidak sedar yang gerak gerinya diperhatikan. Selesai sahaja, dia melangkah keluar. Terpandang bunga ros. Teringat dia pada kiriman anak bongsunya. Mahukan bunga ros sebagai hadiah. Dia mendekati dan mengambil sekuntum bunga ros. Kerna bunga ros merupakan barang yang sangat disukai Beast (ye dok citer dongeng ni..menatang suka bunga), mengamuk dan marah melihat apa yang sudah dilakukan oleh saudagar itu. Dipendekkan cerita. Bell, aka si Beauty sanggup mempertaruhkan nyawanya sebagai ganti hukuman ayahnya daripada dipenjara si Beast. Di dalam tidak sedar dia mula menyukai dan menyintai Beast. Kerna layanannya. Walaupun dilubuk hati kecilnya sering kali memberontak yang putera raja akan datang menyelamat.
[
Cinta sejati. Dengan ciuman tuk mengucapkan selamat tinggal kepada Beast yang sedang nazak. Tiba-tiba berjaya menawarkan dan memecahkan sihir yang telah dikenakan kepada Beast. Muncul seorang putera raja seperti yang selalu dimimpi Beauty.
[
Cerita dongeng. Selalu happy ending. Realiti?

Ahad, 15 Mac 2009

Selasa, 3 Mac 2009

Arranged marriage..me?

Pilihan. Bercinta sebelum atau selepas kahwin.
[
Arranged marriage, suatu perkara yang agak unik. menurut mereka yang bijak pandai perkara ini diatur oleh seseorang bagi membentuk suatu ikatan perkahwinan antara pasangan lelaki dan wanita. Perasaan cinta? mungkin tidak. Paksaan. Keliru. Aku juga keliru. Biasanya keputusan diputuskan oleh ibubapa atau older family members. Tagline di atas mungkin terdapat perkaitan dengan tajuk entri aku. Depend. Setiap individu mempunyai pandangan dan pendapat masing-masing.
[
She only 12 years old. Mungkin dia pun tidak mengerti apa yang keluarga aku putuskan pada ketika itu. Aku pun tidak tahu. Hal orang tua. Anak-anak tidak perlu masuk campur. Mereka tahu apa yang terbaik untuk anak-anak. 12 tahun, orang sudah mula merisik. Penantian pihak lelaki selama 5 tahun. Bermula dengan sarungan cincin di jari. Seterusnya inai memerahi jari jemarinya. Perkahwinan dilangsungkan. Begitu meriah. Penantian penuh dengan kesabaran dan persaingan. Segala-segalanya telah diputus dan diaturkan. She hanya mampu mengikut. Walaupun berlaku pemberontakan di dalam jiwa. Saya tidak mahu jadi anak yang derhaka. Anak yang soleh/solehah adalah mereka yang mengikut kata-kata ibubapa.
[
Cinta. Tidak pernah timbul. Aku kadang-kadang terfikir bagaikan dia dipaksa tanpa persetujuan hati dan perasaan. Tetapi dia terlalu tabah menghadapi itu semua. Mungkin juga aku terkeliru antara kahwin yang diatur dengan kahwin paksa. Ibubapa dan mereka yang lebih tua dalam keluarga lebih memahami. Cinta selepas kahwin. Setelah melalui pelbagai dugaan dan rintangan, berputiklah cinta selepas kahwin. First impression. "He not the prince of my dream" itu mungkin yang terdetik di dalam hatinya. Wanita hati terlalu lembut. Alhamdulillah sekarang dia bahagia dengan kehidupan sekarang. Dikurniakan dengan puteri-puteri yang comel. She, my big sister.
[
Dua tahun lepas, giliran adik aku pula melayari bahtera perkahwinan. Seperti tradisi keluarga, also arranged marriage. Semua nampak begitu sempurna. Tiada cacat cela. Perjalanan tidak begitu berliku dan berduri seperti kak Long. Penyuntingnya dari keluarga yang baik-baik (mungkin pada masa itu). Dikhabarnya punyai pegangan agama yang kukuh. Belajar di sekolah pondok. Dikurniakan rupa paras yang elok. Kita hanya merancang, Tuhan akan menentukan segalanya. Ayat biasa kedengaran pabila berlaku sesuatu yang tidak elok didengar dan dilihat. Bagaikan menyalahkan-Nya. Subhanullah. Mohon dijauhkan.
[
Dikurniakan rupa paras yang elok tidak semestinya dikurniakan dengan akal fikiran yang bagus. Bodoh. Tiada usaha untuk membaikinya. Peluang diberikan pun tidak digunakan dengan sebaiknya. Bagaikan inai masih merah dijari. Satu keputusan yang sangat bodoh dan sangat-sangat dibenci telah dibuat. "angah..cikda xda pepe dah dengan orang itu..dia dah ceraikan cikda.." Terasa ditikam dengan sesuatu. Terasa begitu sakit menusuk hati dan perasaan. Marah, geram, kesian, bila keputusan bodoh itu diputuskan. Tidak fikir ke pasal anak, masa depan anak, isteri. "xpe stakat alya sorg..saya boleh jaga..susu, pampers.." terharu dengan kata adik aku. Terasa hendak menitiskan air mata. Alya masih kecil. Tidak mengerti apa yang berlaku. Baru sahaja belajar untuk duduk. Sudah tidak berbapa. "abah..abah..abah.." itu sahaja yang tahu disebut alya.
[
Bukan untuk menunjukkan dengan status aku sekarang. Mula terfikir, betul ke perkahwinan yang diatur oleh ibubapa boleh menjamin kebahagian si anak. Adakah keputusan yang dibuat ini betul. "mnyesal saya kahwinkan cikda dengan dia.." ayat-ayat yang keluar dari mulut mak aku. Dulu aku pun tidak kisah jika perkahwinan aku diaturkan oleh mereka. Tetapi sekarang, biarlah masa yang menentukan. Jika itu yang terbaik. Biarlah mereka berpisah. Aku kan doakan cikda akan bertemu jodoh yang lebih baik.