Pages

Selasa, 3 Mac 2009

Arranged marriage..me?

Pilihan. Bercinta sebelum atau selepas kahwin.
[
Arranged marriage, suatu perkara yang agak unik. menurut mereka yang bijak pandai perkara ini diatur oleh seseorang bagi membentuk suatu ikatan perkahwinan antara pasangan lelaki dan wanita. Perasaan cinta? mungkin tidak. Paksaan. Keliru. Aku juga keliru. Biasanya keputusan diputuskan oleh ibubapa atau older family members. Tagline di atas mungkin terdapat perkaitan dengan tajuk entri aku. Depend. Setiap individu mempunyai pandangan dan pendapat masing-masing.
[
She only 12 years old. Mungkin dia pun tidak mengerti apa yang keluarga aku putuskan pada ketika itu. Aku pun tidak tahu. Hal orang tua. Anak-anak tidak perlu masuk campur. Mereka tahu apa yang terbaik untuk anak-anak. 12 tahun, orang sudah mula merisik. Penantian pihak lelaki selama 5 tahun. Bermula dengan sarungan cincin di jari. Seterusnya inai memerahi jari jemarinya. Perkahwinan dilangsungkan. Begitu meriah. Penantian penuh dengan kesabaran dan persaingan. Segala-segalanya telah diputus dan diaturkan. She hanya mampu mengikut. Walaupun berlaku pemberontakan di dalam jiwa. Saya tidak mahu jadi anak yang derhaka. Anak yang soleh/solehah adalah mereka yang mengikut kata-kata ibubapa.
[
Cinta. Tidak pernah timbul. Aku kadang-kadang terfikir bagaikan dia dipaksa tanpa persetujuan hati dan perasaan. Tetapi dia terlalu tabah menghadapi itu semua. Mungkin juga aku terkeliru antara kahwin yang diatur dengan kahwin paksa. Ibubapa dan mereka yang lebih tua dalam keluarga lebih memahami. Cinta selepas kahwin. Setelah melalui pelbagai dugaan dan rintangan, berputiklah cinta selepas kahwin. First impression. "He not the prince of my dream" itu mungkin yang terdetik di dalam hatinya. Wanita hati terlalu lembut. Alhamdulillah sekarang dia bahagia dengan kehidupan sekarang. Dikurniakan dengan puteri-puteri yang comel. She, my big sister.
[
Dua tahun lepas, giliran adik aku pula melayari bahtera perkahwinan. Seperti tradisi keluarga, also arranged marriage. Semua nampak begitu sempurna. Tiada cacat cela. Perjalanan tidak begitu berliku dan berduri seperti kak Long. Penyuntingnya dari keluarga yang baik-baik (mungkin pada masa itu). Dikhabarnya punyai pegangan agama yang kukuh. Belajar di sekolah pondok. Dikurniakan rupa paras yang elok. Kita hanya merancang, Tuhan akan menentukan segalanya. Ayat biasa kedengaran pabila berlaku sesuatu yang tidak elok didengar dan dilihat. Bagaikan menyalahkan-Nya. Subhanullah. Mohon dijauhkan.
[
Dikurniakan rupa paras yang elok tidak semestinya dikurniakan dengan akal fikiran yang bagus. Bodoh. Tiada usaha untuk membaikinya. Peluang diberikan pun tidak digunakan dengan sebaiknya. Bagaikan inai masih merah dijari. Satu keputusan yang sangat bodoh dan sangat-sangat dibenci telah dibuat. "angah..cikda xda pepe dah dengan orang itu..dia dah ceraikan cikda.." Terasa ditikam dengan sesuatu. Terasa begitu sakit menusuk hati dan perasaan. Marah, geram, kesian, bila keputusan bodoh itu diputuskan. Tidak fikir ke pasal anak, masa depan anak, isteri. "xpe stakat alya sorg..saya boleh jaga..susu, pampers.." terharu dengan kata adik aku. Terasa hendak menitiskan air mata. Alya masih kecil. Tidak mengerti apa yang berlaku. Baru sahaja belajar untuk duduk. Sudah tidak berbapa. "abah..abah..abah.." itu sahaja yang tahu disebut alya.
[
Bukan untuk menunjukkan dengan status aku sekarang. Mula terfikir, betul ke perkahwinan yang diatur oleh ibubapa boleh menjamin kebahagian si anak. Adakah keputusan yang dibuat ini betul. "mnyesal saya kahwinkan cikda dengan dia.." ayat-ayat yang keluar dari mulut mak aku. Dulu aku pun tidak kisah jika perkahwinan aku diaturkan oleh mereka. Tetapi sekarang, biarlah masa yang menentukan. Jika itu yang terbaik. Biarlah mereka berpisah. Aku kan doakan cikda akan bertemu jodoh yang lebih baik.

6 comments:

Unknown berkata...

mana ceritanya..cepat cerita..hehehe

teethBenthic berkata...

kekangan masa, hanya sempat post tajuk entri je mggu lepas..ni ak dh post..

Tanpa Nama berkata...

jdh pertemuan,ajal maut d tangan tuhan..jika tu dh trsurat..kita hnya mampu terima je..
sedih lh bl tpaksa bdepan dgn situasi mcm tu..
but jgn lh cpt putus asa..
life must go on..
maybe ada sum1 yg trbaik menanti d ms dpn...
kita hanya mampu mrancang..
to ur sis..
hope dia d temukn jdh dgn sum1 yg trbaik..InsyaALLAH..
to u..
whatever happen b4,jdkn tu sbg sempadan utk meneruskn khidupn..
(between us neverending story..wanna meet u and share our story together..)

teethBenthic berkata...

tp kdg2 bnda ini semua boleh dielakkan jika peluang yang diberikan digunakan sepenuhnya dengan kematangan akal fikiran yang dikurniakan. Sayang pabila emosi menguasai diri, hilang pertimbangan dan perasaan marah meluap-meluap. Natijahnya dirasai sekarang dan mungkin tuk selama-lamanya. Aku percaya semua ada hikmahnya..

Tanpa Nama berkata...

*..arranged marriage. maybe the elders will tink, tat's better for their children.. but no matter how good the person that they've chosen for their children.. children will still blame on them for any mishap happened in the future.. so y not jus try to choose our own way to life?.. even it's a decision which u may regret but it is your choice anyway..guidance frm parents shall not b neglected too. hard to make decision when it's involving parents ya?.. ^-^
as usual..no right or wrong.. it depends on ones perception. as for ur sis.. so unfortunate for her. but she is so determined and strong.. mayb it's good for her to escaped frm the "evil" guy.(*wink*).. our life is not written.. is yet to be write.. she and her lil baby gurl will together write an amazing life.
jia you and may god bless them..
-live life to the fullest-
p/s: what if ur parents made an arrangement for u too?..hehe..

teethBenthic berkata...

Family or the olders decision always the best. Myb ue also has heard of this statement. No parents in the world made decision to make and want to see their son or daugther suffer. Especially in the future. Even their children so2evil. They always hope their children happy ever after. Althought had to sacrifice what they have. That parents. People always say dun jugde da book by da cover. What we things not always like we see. Human. Anytime can change. i believe in qada' and gadar. Our life has 'written' before we born to da earth. But God always give human opportunity. Choice, diligence and dun ever2 give up. So what has written don getting more worst.
p/s: erm..agak susah gak nak jwb solan 2.ha3..