Selasa, 15 September 2009

Alien bermaharajalela di villa Pak Kari

Tapi sejak kebelakangan ini atau perasaan aku sahaja. Ada alien di dalam rumah sewa aku. Serius. Tak kan nak aku menipu bulan ramadhan ini. Ada beberapa kejadian yang mengukuhkan lagi bukti yang menyatakan alien kini berada di Gong Badak atau lebih tepat lagi di villa Pak Kari.
[
Kejadian Pertama.
Kipas ligat berpusing-pusing di dalam bilik. Sedangkan tiada penghuni di dalam bilik-bilik tersebut. Ini mesti angkara alien. Syaitan dan jin diikat bulan ramadhan. Membazir elektrik villa Pak Kari betul. Aliens ini ingat bil tiap-tiap bulan bayar guna pasir. Menurut housemate aku P (untuk pengetahuan aku mempunyai 6 orang housemates), tiap-tiap pagi dia memaksa diri untuk menutup kipas yang terpasang oleh sang aliens ini. Ikutkan hati patut luku sahaja kepala aliens ini.
[
Kejadian Kedua
Selipar dan kasut bertaburan. Rak kasut dan tempat khas sudah tersedia untuk ahli rumah villa Pak Kari. Ini mungkin angkara aliens main suka-suka hati sahaja landing kasut menyebabkan tiada ruang untuk sesetengah housemate aku meletak kasut. Bagi memudahkan kasut dibuka atau disimpan ada sesetengah housemate aku dengan selamba bodoh pakai kasut ke dalam rumah. Aku yakin tidak kurang dari sekali kasut atau selipar itu dibawa ke tandas. Sudah pasti najis dari tandas akan melekat di selipar atau kasut mereka. Bayangkan najis yang akan bertebaran dalam rumah pabila semua dengan tidak sengaja memijak lantai yang kotor itu terus masuk ke dalam rumah. Alien rasanya suka tempat yang kotor. Tidak mengapa. Aku manusia.
[
Kejadian ketiga
Ada ke alien makan menggunakan pinggan?. Bunyinya janggal tapi itulah realiti yang berlaku di villa Pak Kari. Tiap-tiap hari pasti ada sahaja pinggan, cawan dan gelas yang dilonggokkan dalam sinki. Tidak mungkin manusia yang lakukan. Pasti angkara alien yang durjana. Paling menyakitkan hati berhari-hari dan kadang-kadang masuk berminggu pinggan dan cawan dibiarkan begitu. Kotor dan busuk tidak terkata. Alien suka rasanya. Rajin. Bukan rajin tapi terpaksa aku dan P kadang-kadang basuhkan untuk aliens ini.
[
Tup..tup ada balik. Sungguh misteri. Memandangkan tahap kesabaran dan kegeraman diuji sebegitu. P dengan berani membuang pinggan, cawan, gelas dan lain-lain begitu sahaja. Motifnya supaya sang aliens ini insaf. Tapi mata yang agak bulat ini nampak pinggan ini menyerupai piring. Mungkin pinggan itu adalah piring terbang aka kenderaan alien untuk balik ke planet apa entah. Alien terkandas di villa Pak Kari, pasti onar akan terus berlaku. Oh tidak!!!
[
Kejadian keempat
Kisah yang keempat ini agak misteri dan mungkin agak menyeramkan. Biasanya berlaku antara pukul 1.00 hingga 3.00 pagi. Paling tidak akan berlaku 2 kali seminggu. Mula-mula meremang juga bulu roma. Antara takut dan tidur aku terganggu. Takut terus tutup mata sahaja. Pabila sudah puas menutup mata dan tidak boleh tidur dek gangguan suara misteri hampir tiap-tiap minggu. Ini menyebabkan emosi dan hormon dalam badan aku terganggu. Bulan ramadhan sangat menguji kesabaran. Alien ini tidak pernah terfikir ke aku perlu bangun awal untuk bersahur, bersolat dan bekerja. Jika jadual tidur aku terganggu, ia akan menjejaskan kelancaran apa yang dirancang untuk keesokan harinya.
[
Banyak lagi kejadian-kejadian aneh yang terjadi menandakan kewujudan aliens ini. Hidup bermasyarakat memang banyak kerenah. Jika sebelah pihak sahaja main peranan dan sebelah pihak lagi terus membuat onar. Bunyinya tidak adil. Di harap bulan mulia ini kita dapat memperbaiki diri bukan menghidupkan tradisi. Perbuatan yang sama tapi motifnya adalah sangat berbeza. Bersahur, berpuasa, berterawih dan lain-lain amalan kerna mengharapkan ganjaran dari Illahi. Bersahur, berpuasa, berterawih dan lain-lain amalan kerna tradisi keluarga sejak turun temurun.

Isnin, 14 September 2009

Skema ke?

Entri sebelum ini, aku ada menyatakan 'sekadar berkongsi beberapa kisah...' Ini bermakna lebih daripada satu kisah sepatutnya aku coretkan pada entri "Pen vs Jari". Jadi entri terbaru ini boleh dikatakan sambungan dari entri tersebut.
[
Guy A : aku nak g tandas la. Sejuk sangat bilik ni, tak tahan aku.
Guy B : pergi jelah. terkucil kt sini kang susah plak.
[
Dengan yakin si Guy A ini pergi ke depan.
[
Guy A : Miss, may i go out?
[
Hajatnya murni meminta izin dari pensyarah BI sambil mengingati ayat yang biasa digunakan di zaman sekolah. Sambil senyum pensyarah yang agak comel ini mengangguk kepalanya. Tanda membenarkan si Guy A untuk keluar. Terpancar kegirangan di muka si Guy A.
[
Miss S : If someone want go to toilet. Just go. No need to ask for permission. We now at universiti not school.
[
Budak lepasan SPM baru masuk universiti, asuhan dan didikan daripada cikgu-cikgu sekolah masih menebal di jiwa. Mana tahu masuk universiti tidak perlu bangun, tidak perlu beri salam, tidak perlu minta izin dan tidak perlu ucap terima kasih beramai-ramai.

Sabtu, 12 September 2009

Pen vs Jari

Pening kepala aku memikirkan tajuk entri yang sesuai untuk coretan aku kali ini. Terasa lama sangat tidak memaksa jari jemari menari-nari lagak seperti artis di dalam rancangan Sehati Berdansa di atas keyboard.
[
Berdansa mengikut irama atau berdansa dengan mulut terkumat-kamit membilang '5, 6, 7, 8..(sebutan dalam bahasa Inggeris) agar gerak tari yang telah diajar dan dihafal dapat dipersembahkan kepada penonton. Respon dari para juri dan penonton. Biasalah manusia, kalau mengkritik atau mengomen memang gifted (pinjam perkataan penjajah) tidak perlu diajar. Ada sahaja yang tidak kena. Sama seperti jari jemari, erm..baru perasaan kuku ku agak panjang sudah rupanya. Agaknya cool (terpaksa pinjam lagi perkataan penjajah) juga jika dibiarkan buat sementara waktu. Jari jemari aku seperti kaku bukan kerna kuku yang cool ini tapi dek ketandusan idea untuk menulis. Sekadar berkongsi beberapa kisah sementara menunggu waktu berbuka.
[
Pabila menulis, biasanya akan dikaitkan dengan pensil atau pen. Di sekolah cikgu bising jika terdapat anak muridnya menggunakan pen untuk menulis. Di sekolah menengah, "ingat duk sekolah rendah, nak guna pensil lagi untuk menulis..guna pen la sayang..". Nasib baik perkataan 'sayang' digunakan diakhir ayat cikgu Pendidikan Seni semasa aku di tingkatan 1. Bukan apa bila buat silap susah nak padam, pensil ada pemadam. Pen pun ada pemadam. Kebiasaan buku latihan aku akan terkoyak kerna pemadam berwarna biru itu. Zaman kini telah berubah. Pensil dan pen makin dipinggirkan terutama mereka yang sudah bekerja. Mungkin pen lebih bernasib baik digunakan untuk memberi autograf. Pensil untuk melukis. Tapi berapa kerat sangat yang gifted untuk melukis. Kini majoriti menulis hanya dengan menggunakan keyboard dan keypad. Komputer dan handset mula menguasai hidup kita.
[
Kadang-kadang terfikir, adakah suatu hari nanti anak-anak kita mengetahui pensil atau pen pernah digunakan untuk menulis. Atau mereka hanya mengetahui sms, friendster, facebook, blogger dan lain-lain seangkatannya. Oh tidak. Mesti ada yang mempertikaikan kenyataan aku. Bagaimana mereka yang menulis untuk menyiapkan assignment sebagai contoh. "Itu bukan menulis, itu copy and paste dan yang hebat sikit edit. Mengelat namanya". Orang tua selalu berkata ke mana kuah kalau tidak tumpah ke nasi. Sudah menjadi trend muda-mudi sekarang (termasuk mereka yang remaja purba) gila dengan contoh-contoh sesawang yang telah dinyatakan. Jadi tidak mustahil kenyataan aku itu akan menjadi realiti suatu hari nanti.
[
p/s: tension tul fs dn fb kena blok time opis hours :p