Pages

Selasa, 15 September 2009

Alien bermaharajalela di villa Pak Kari

Tapi sejak kebelakangan ini atau perasaan aku sahaja. Ada alien di dalam rumah sewa aku. Serius. Tak kan nak aku menipu bulan ramadhan ini. Ada beberapa kejadian yang mengukuhkan lagi bukti yang menyatakan alien kini berada di Gong Badak atau lebih tepat lagi di villa Pak Kari.
[
Kejadian Pertama.
Kipas ligat berpusing-pusing di dalam bilik. Sedangkan tiada penghuni di dalam bilik-bilik tersebut. Ini mesti angkara alien. Syaitan dan jin diikat bulan ramadhan. Membazir elektrik villa Pak Kari betul. Aliens ini ingat bil tiap-tiap bulan bayar guna pasir. Menurut housemate aku P (untuk pengetahuan aku mempunyai 6 orang housemates), tiap-tiap pagi dia memaksa diri untuk menutup kipas yang terpasang oleh sang aliens ini. Ikutkan hati patut luku sahaja kepala aliens ini.
[
Kejadian Kedua
Selipar dan kasut bertaburan. Rak kasut dan tempat khas sudah tersedia untuk ahli rumah villa Pak Kari. Ini mungkin angkara aliens main suka-suka hati sahaja landing kasut menyebabkan tiada ruang untuk sesetengah housemate aku meletak kasut. Bagi memudahkan kasut dibuka atau disimpan ada sesetengah housemate aku dengan selamba bodoh pakai kasut ke dalam rumah. Aku yakin tidak kurang dari sekali kasut atau selipar itu dibawa ke tandas. Sudah pasti najis dari tandas akan melekat di selipar atau kasut mereka. Bayangkan najis yang akan bertebaran dalam rumah pabila semua dengan tidak sengaja memijak lantai yang kotor itu terus masuk ke dalam rumah. Alien rasanya suka tempat yang kotor. Tidak mengapa. Aku manusia.
[
Kejadian ketiga
Ada ke alien makan menggunakan pinggan?. Bunyinya janggal tapi itulah realiti yang berlaku di villa Pak Kari. Tiap-tiap hari pasti ada sahaja pinggan, cawan dan gelas yang dilonggokkan dalam sinki. Tidak mungkin manusia yang lakukan. Pasti angkara alien yang durjana. Paling menyakitkan hati berhari-hari dan kadang-kadang masuk berminggu pinggan dan cawan dibiarkan begitu. Kotor dan busuk tidak terkata. Alien suka rasanya. Rajin. Bukan rajin tapi terpaksa aku dan P kadang-kadang basuhkan untuk aliens ini.
[
Tup..tup ada balik. Sungguh misteri. Memandangkan tahap kesabaran dan kegeraman diuji sebegitu. P dengan berani membuang pinggan, cawan, gelas dan lain-lain begitu sahaja. Motifnya supaya sang aliens ini insaf. Tapi mata yang agak bulat ini nampak pinggan ini menyerupai piring. Mungkin pinggan itu adalah piring terbang aka kenderaan alien untuk balik ke planet apa entah. Alien terkandas di villa Pak Kari, pasti onar akan terus berlaku. Oh tidak!!!
[
Kejadian keempat
Kisah yang keempat ini agak misteri dan mungkin agak menyeramkan. Biasanya berlaku antara pukul 1.00 hingga 3.00 pagi. Paling tidak akan berlaku 2 kali seminggu. Mula-mula meremang juga bulu roma. Antara takut dan tidur aku terganggu. Takut terus tutup mata sahaja. Pabila sudah puas menutup mata dan tidak boleh tidur dek gangguan suara misteri hampir tiap-tiap minggu. Ini menyebabkan emosi dan hormon dalam badan aku terganggu. Bulan ramadhan sangat menguji kesabaran. Alien ini tidak pernah terfikir ke aku perlu bangun awal untuk bersahur, bersolat dan bekerja. Jika jadual tidur aku terganggu, ia akan menjejaskan kelancaran apa yang dirancang untuk keesokan harinya.
[
Banyak lagi kejadian-kejadian aneh yang terjadi menandakan kewujudan aliens ini. Hidup bermasyarakat memang banyak kerenah. Jika sebelah pihak sahaja main peranan dan sebelah pihak lagi terus membuat onar. Bunyinya tidak adil. Di harap bulan mulia ini kita dapat memperbaiki diri bukan menghidupkan tradisi. Perbuatan yang sama tapi motifnya adalah sangat berbeza. Bersahur, berpuasa, berterawih dan lain-lain amalan kerna mengharapkan ganjaran dari Illahi. Bersahur, berpuasa, berterawih dan lain-lain amalan kerna tradisi keluarga sejak turun temurun.

4 comments:

Unknown berkata...

Huh..hebat aliens kat umah ko..
Actly kejadian aliens kat villa Pak Kari dh lama berlaku bermula dari mula-mula vila Pak Kari dibuka..

Cumanya aliens pada masa tue masih boleh lagi ditegur dan sanggup menjalankan "total house cleanup" bile keadaan tak tak dikawal lagi..

Mungkin dulu alien student dgn alien staf lain kot..mybe...

aiXat.MR berkata...

hoh?
ape ni?
misterius sungguh!

haha~

teethBenthic berkata...

to toyo
2 la, agak dahsyat gak la karenah aliens di villa pak kari 2. Nak tegur slalu kang t'rasa hati plak. dh beso pjg & keje pun sedap2..

ops..t'lepas ckp plak. xkn la aliens keje sedap cm peg perikanan dll. aisey t'lepas ckp lg.tp cam org ckp kalu t'lanjak perahu leh diundur,dh t'lanjur kata biar jelah.huhuhu

bkn ke aliens stdn lg dahsyat.ha3

to aixat
tul (ngn muke serius)
berlaku kt villa pak kari

sungguh misteri

jgn biar'n hidup anda diselubungi misteri..

hehehe

cahaya berkata...

hoh..dasat tol duk serumah dengan alien... kira leh wat file X nih...
kaya tol alien tu bayor bil erk?
tapi kayer gak korg leh buang2 jer pinggan mangkuk...kukuku...
moga2 alien tu insaf dan pulang ke planet asalnyer...
ahaks(^^p)
sabo jer lah yerk..nama pun alien.. mungkin akalnya tak cukup mcm manusia(^^,)