Sabtu, 14 November 2009

Selendang kuning - cinta pandang pertama

Wanita sekali pandang...orang bilang rezeki.

Hati mana tidak keruan pabila si dia - wanita yang tidak dikenali tiba-tiba melemparkan sekuntum senyuman yang manis. Aku yang kadang-kadang agak pemalu ini, terus mengalihkan pandangan mata. Tapi hati mula tidak keruan, jantung mula berdegup laju dan nafas juga semakin kencang.

"wah nur kasih.." bisik hati jejaka pemalu ini.

Tinggi orangnya, ayu pula dia berbaju kurung dengan selendang kuning menutupi kepala. Memang taste aku. Terus malu aku lontar ke tepi. Tiba-tiba mata dan kaki aku mula berani untuk mengambil langkah seterusnya. Berani untuk pandang kali kedua. Walaupun kawasan tersebut penuh sesak dengan manusia. Aku masih dapat perhatikan kelibat wanita berselendang kuning itu. Aku perhati betul-betul.

"Laa..patut pun sweet.."

"Patung kat kedai kain rupanya.."

8 comments:

tOyO berkata...

gile hebat cara touch-up patung tue..smpi leh konfius..

p/s:krg caya sket kat halim..mybe rindu sgt kat nur kasih dia..smpi leh keliru gitu..baru je kan dapat dating..hehe

cahaya berkata...

cayala!!!!!!!!!!!!
hebat tol citer!!!!!
dari sepuluh bintang yati bagi sebelas bintang!!!!hikhikhikhiki..
tere,,tere,,,tere(^^,)

zul^a berkata...

wakakaka....ade org dating kt kl tuh.......kekeke......

teethBenthic berkata...

lalala :p

teethBenthic berkata...

to toyo
ssh nk bezakan antara yg plastik dgn yg original. cz jrg tgk patung bselendang.hehehe

p/s: besa pas dating jd makin rindu :p

to cahaya
aisey kmbang plak hdung y x bape nk mancung ni..jom breakfast.hehehe

Tanpa Nama berkata...

hehehe...kisah cinta yg tragik =p

teethBenthic berkata...

cintaku tepuk sblah tgn :p

aVissaWella86 berkata...

haha.. saspen ja.. tapi tertanya2 gak.. beraninya nak act mcm tu huhuhu..