Pages

Sabtu, 12 September 2009

Pen vs Jari

Pening kepala aku memikirkan tajuk entri yang sesuai untuk coretan aku kali ini. Terasa lama sangat tidak memaksa jari jemari menari-nari lagak seperti artis di dalam rancangan Sehati Berdansa di atas keyboard.
[
Berdansa mengikut irama atau berdansa dengan mulut terkumat-kamit membilang '5, 6, 7, 8..(sebutan dalam bahasa Inggeris) agar gerak tari yang telah diajar dan dihafal dapat dipersembahkan kepada penonton. Respon dari para juri dan penonton. Biasalah manusia, kalau mengkritik atau mengomen memang gifted (pinjam perkataan penjajah) tidak perlu diajar. Ada sahaja yang tidak kena. Sama seperti jari jemari, erm..baru perasaan kuku ku agak panjang sudah rupanya. Agaknya cool (terpaksa pinjam lagi perkataan penjajah) juga jika dibiarkan buat sementara waktu. Jari jemari aku seperti kaku bukan kerna kuku yang cool ini tapi dek ketandusan idea untuk menulis. Sekadar berkongsi beberapa kisah sementara menunggu waktu berbuka.
[
Pabila menulis, biasanya akan dikaitkan dengan pensil atau pen. Di sekolah cikgu bising jika terdapat anak muridnya menggunakan pen untuk menulis. Di sekolah menengah, "ingat duk sekolah rendah, nak guna pensil lagi untuk menulis..guna pen la sayang..". Nasib baik perkataan 'sayang' digunakan diakhir ayat cikgu Pendidikan Seni semasa aku di tingkatan 1. Bukan apa bila buat silap susah nak padam, pensil ada pemadam. Pen pun ada pemadam. Kebiasaan buku latihan aku akan terkoyak kerna pemadam berwarna biru itu. Zaman kini telah berubah. Pensil dan pen makin dipinggirkan terutama mereka yang sudah bekerja. Mungkin pen lebih bernasib baik digunakan untuk memberi autograf. Pensil untuk melukis. Tapi berapa kerat sangat yang gifted untuk melukis. Kini majoriti menulis hanya dengan menggunakan keyboard dan keypad. Komputer dan handset mula menguasai hidup kita.
[
Kadang-kadang terfikir, adakah suatu hari nanti anak-anak kita mengetahui pensil atau pen pernah digunakan untuk menulis. Atau mereka hanya mengetahui sms, friendster, facebook, blogger dan lain-lain seangkatannya. Oh tidak. Mesti ada yang mempertikaikan kenyataan aku. Bagaimana mereka yang menulis untuk menyiapkan assignment sebagai contoh. "Itu bukan menulis, itu copy and paste dan yang hebat sikit edit. Mengelat namanya". Orang tua selalu berkata ke mana kuah kalau tidak tumpah ke nasi. Sudah menjadi trend muda-mudi sekarang (termasuk mereka yang remaja purba) gila dengan contoh-contoh sesawang yang telah dinyatakan. Jadi tidak mustahil kenyataan aku itu akan menjadi realiti suatu hari nanti.
[
p/s: tension tul fs dn fb kena blok time opis hours :p

8 comments:

cahaya berkata...

tulis Pakai pen lah best...dari typIng nih..takde sentimental value... bile tulis sendir lagi bermakna...(^^,)

Unknown berkata...

pen dan pensil xkan hilang punya..
Sebab nak kena sain surat..sain cek and sain kat loan agreement..byk kena sain tue....atau wat kira-kira ringkas..

Teknologi memudah cara..kalo jenis tulisan xlawo baik baik menaip je..

CPE @ copy paste edit tue atas diri sendiri..

Meniru sampai bila-bila x pandai kan..^^,

teethBenthic berkata...

to cahaya
Tension cz pen / pensil atas meja selalu kena kebas. lagi manis jika kad / surat ditulis dengan pen oleh orang yang disayangi.

to toyo
mana tau bro pasni just guna thumbnail. tet..or just scan. Sure orang xleh tiru n cepat. Kira-kira ringkas congak jelah.he3

teknologi kdg2 myusah'n. Stdn gune enset 3G segan la staf nk gune enset 33 sekupang ;p

CPE, pandai2 la nk idup. tp 2la realiti khidupan masa stdy dlu..

niru x baik. p/s:tp besa org y niru markah tinggi..

cahaya berkata...

heh...cuba tgk pen n pesil atas meje saya..tak pernah da..hilang ntah ke mana...huhuu..(~~,)akhirnya bawa kotak pensil ke mana2...

thats y la tulis sendiri ada sentimental value..kukuku(^^p)

teethBenthic berkata...

skang ni b4 blik msti sorok dlu pen, kalu x msti ilang tanpa dapat dikesan..

p/s: thn ni x dpt lg kad raya y ditulis ngn pen mguna'n tgn..huhuu..

cahaya berkata...

hahaha..
samalah kta..
so apalagi..tak reti2 ker?
nanti i balas lah...wakakaka(^^D)

teethBenthic berkata...

Selamat Hari Raya Aidilfitri kepada cik cahaya. Semoga kuih raya yang lebih-lebih tu, jangan plak makan sorang. Ingat lah kepada jiran-jiran se opis.hehehe

p/s: tulisan x bape comey lg pun bz la ni. xsmpat cri kad raya :p

cahaya berkata...

alah..alasan tol...taknak bagi cakap jerlah...
ceh..kedekutzzz(~~p)