Selasa, 30 Mac 2010

Hubungan kita....

"Hubungan kita di dalam dunia ada 2..1. Hubungan kita dengan Allah. 2. Hubungan kita dengan manusia..."
[
Mukadimah khutbah kedua di Masjid KUSZA yang sempat masuk ke telinga kanan dan tidak sempat keluar di telinga kiri.
[
"Sekarang ramai menggunakan telefon bimbit atau handphone untuk berhubungan sesama manusia..ramai juga yang membawa handphone semasa datang ke masjid. Hukumnya harus bawa handphone ke masjid.."
[
"Masalahnya para jemaah yang datang ke masjid kadang kala tidak off atau senyapkan (silent) handphone yang dibawanya. Semasa sembahyang, tiba-tiba kedengaran bunyi lagu atau terasa getaran (vibration) jika senyapkan handphone. Perkara ini secara langsung telah menganggu hubungan kita dengan Allah.." tambah khatib yang bertugas pada minggu tersebut.
[
Berkaitan dengan khutbah tersebut, beberapa kejadian yang menimpa diri aku sendiri menyebabkan isi kandungan yang disampaikan begitu dekat dan lekat di hati. Terasa makan dalam dan panas juga telinga mendengar khutbah tersebut.
[
Pada suatu malam, tatkala aku mengangkat takbirratulihram.
[
Allahuakhbar...
[
Mulut mula terkumat kamit membaca fatihah.
[
[
Handphone aku pula mula mendendang lagu tersebut. Full lagu. Aku sudahlah tidak berapa khusyuk, fikir pula pasal handphone yang sedang berbunyi itu. Sudah selesai 2 rakaat pun lagu tersebut masih kedengaran.
[
Selang beberapa hari aku tukar profile lagu. Dan sekali lagi, baru sahaja rakaat pertama.
[
[
Bayangkan semasa solat kedengaran full lagu ini. Haihh..
[
p/s: Better guna tet tet je untuk message alert tone. ;p

6 comments:

cahaya berkata...

heee..
nilah..kadang2 kita lalai...dan tak perasan mender remeh mcm nih...time smayang tu silent jerlah henset...janagn letak dalam poket mahupun di sisi...takdelah terganggu kalau ada yang kol atau msg..kan?kan?kan?lagilah kalau dah di set yang tersayang punya ringtone...mau kacau jiwa time tu...hikhikhik..
good writting(^^,)

teethBenthic berkata...

to cahaya,
Tu dinamakan manusia, sentiasa lalai. Perlu tazkirah atau peringatan selalu. ingat dah nak silent kan henset.tapi pas wuduk terus lupa.hehehe..wah cik cahaya siap set lagu khas untuk yang tersayang... untung abg ehem ehem...tq ;p

cahaya berkata...

hikhikhik...
ops..terkantoi lak..
senang sket..family, org tersayang, kwn2..n org biasa2 kene lah lain2...so boleh beza mana yg urgent n important n mana yang tak berapa urgent kene reply..hikhikhikhik(^^p)

teethBenthic berkata...

ooo..orang popular len. ad je yg cntact. kreatif gak wat cm2..he3.nk pilih lagu gak la.he3

tOyO berkata...

hehehe..len kali sebelum solat kena ingat tutup henset dulu..kalo silent pun getaran enset (lagi ketara kalau letak atas permukaan keras) masih menganggu gak..

better tutup selama 10-15 minit dari silent it..^^,

teethBenthic berkata...

ak tutup dh bro..tp ngn kain la.ha3.. so kena pndai mgurus masa tuk manusia & yang maha esa :)