Selasa, 23 Februari 2010

Bucket of list ~ before i'm going 33

Biasanya sering kita disogokkan dengan azam tahun baru. Azam yang diharap untuk melakukan anjakan atau perubahan supaya keadaan menjadi lebih baik dari tahun-tahun sebelumnya. Seperti biasa juga, hanya mampu berazam tanpa berusaha. Hasilnya... erm kena azam semula azam yang tidak dapat dilaksanakan. Begitulah seterusnya tanpa kesudahan.

Baru-baru ini, aku sempat membelek sebuah majalah yang memaparkan satu artikel yang sangat menarik. Sangat ringkas dan sesuai untuk dikongsi bersama-sama. Mungkin juga dapat menggantikan apa-apa sahaja yang diazamkan setiap tahun. Mungkin tempoh masa yang lebih lama (bergantung pada umur kita masing-masing) membolehkan kita mencapai apa yang disenaraikan sebelum mencapai umur yang ditetapkan.

Senarai perkara (bucket of list) yang mesti aku capai atau dapat sebelum menjangkau 33 tahun

Kerja tetap~bosan dengan janji kosong..teringat sindiran seseorang "kontrak sampai ke pencen la kau.."
Gaji min RM 3.000.00/bulan~bayangkan basic gaji penolong yang duk saje lagi mahal dari gaji aku sekarang.
Akaun dalam bank min RM 10.000.00~terpaksa kurangkan aktiviti bersosial
Ada kereta~ayah aku bising suruh beli kereta cepat-cepat..vios ke city???
Rumah~perancangan awal sebelum mendirikan masjid
Berkahwin~InsyaALLAH kalau ada jodoh tidak ke mana.
Honeymoon di Koh Phi Phi~tertarik dengan kecantikkan pulau di Thailand ini.
Anak~penyeri rumah tangga.
Master dalam bidang akuakultur~perkara lama yang telah diazamkan. kekangan tertentu terpaksa ditangguh buat sementara waktu.
Wakil negeri untuk bermain volleyball~haih boleh lagi ke untuk menyaingi pemain-pemain muda.

4 comments:

tOyO berkata...

menarik..leh post gak gitu..hehehe..

p/s: kenape mesti 33 tahun?..^^,

teethBenthic berkata...

lari skit dr artikel kt mjalah 2..xla nk copy paste sgt, pas2 keje pun x mnentu lg..so kena ambk masa lbh tuk capai smua "bucket of list"...den umur 33 thn adalah umur kita di akhirat nnti..umur y kekal abadi..

Tanpa Nama berkata...

aja2 fighty!!!all the best 4 ur future =)

teethBenthic berkata...

un name
:) tq ...