Pages

Sabtu, 21 Mac 2009

contract lover

Bukan diri sendiri. Pretending menjadi orang lain mengikut syarat-syarat yang telah ditetapkan di dalam kontrak. Dibayar setelah selesai tugas dan tempoh yang telah dipersetujui. Terpaksa korbankan maruah?perasaan cinta?
[
Kisah sepasang kekasih yang tengah hangat bercinta. Kekangan dan halangan daripada keluarga yang masih menebal mengamalkan budaya timur. Dipenuhi dan diwarnai pelbagai adat resam yang diwarisi sejak turun temurun. Si lelaki beranggapan ayahnya tidak akan dapat menerima kekasih sebagai suri penyeri hidupnya. Alasan, kekasihnya merupakan orang bandar dan berkelulusan luar negara. Tingkah laku dan kehidupan yang banyak dipengaruhi budaya Barat. Bagaimana keluarga yang konservatif boleh menerimanya. Penyelesaiannya. Si wanita mendapat idea yang mungkin tidak diperhalusi secara pro dan kontra, mencadangkan pencinta kontrak untuk kekasihnya.
[
Contract lover. Seorang wanita yang naif, miskin dan berasal dari luar bandar. Disebalik semua itu, wanita ini seorang yang bijak dan memiliki rupa paras yang menawan. Keadaan yang memaksa. Desakan hidup menyebabkan dia terpaksa dan sanggup menjadi pencinta kontrak untuk mendapatkan wang demi keluarga & pelajaran. Menandatangani kontrak yang disediakan menandakan terpaksa melakukan apa yang telah termaktub dalam syarat. Bayaran mengikut apa yang telah dijanjikan. Daripada gadis kampung yang pemalu dia diajar supaya menjadi gadis bandar yang hanyut dan telah lemas dengan kota metropolitan. Tujuannya mudah untuk menyakiti hati keluarga lelaki supaya membencinya dan menghalaunya. Seterusnya akan memberikan ruang kepada kekasih sebenar si lelaki untuk diterima oleh keluarga konservatif ini. Apa yang dirancang tidak semestinya dapat dilaksanakan dan dipenuhi secara realiti.
[
Wanita ini mengubah segala-segalanya. Apa yang dibuat untuk dia dibenci dan disisihkan semua dapat diterima dengan hati yang terbuka. Mengubah level confident adik bongsu si lelaki. Mengubah penampilan ibu si lelaki. Mengikis sifat malu dan pendiam mak cik si lelaki. Mengubah pegangan konservatif ayah si lelaki. Si lelaki? Bibit-bibit perasaan mula terbentuk di lubuk hati. Ego masih menguasai diri.
[
Di suatu pagi yang hening. Berlaku suatu perbualan antara lelaki (A) dan si lelaki itu (B).
[
Guy A: Cinta. Apa yang akan dirasai jika kita jatuh cinta pada seorang wanita?
Guy B: Susah untuk melelapkan mata. Sentiasa teringatkan si dia.
Guy A: .....
Guy B: Berbebar-bebar bila bertemu si dia.
Guy A: .....
Guy B: Ingin tahu semua mengenai si dia. Apa yang difikirkannya, apa yang dimimpikannya..
Guy A: .....
Guy B: Dihimpit perasaan cemburu pabila si dia didekati orang lain.
Guy A: .....
Guy B: Diselubungi perasaan rindu.
Guy A: .....
Guy B: Si dia tahu apa yang kita suka.
Guy A: .....
[
Tamat perbualan. Si lelaki ini tidak sedar apa yang diperkatakan kepada lelaki (Guy A) kini dirasainya bersama contract lover. Terikat dengan perjanjian bersama kekasih sebenarnya. Perasaan ego. Campur tangan keluarga. Terpaksa membuat pilihan yang tepat. Tempoh yang diberikan terasa singkat. Contract lover berjaya melakukan tugasnya dengan sempurna dan terus membawa diri. Bersama-sama perasaannya yang disembunyikan dengan begitu rapi. Pabila ruang yang dibina untuk membolehkan si lelaki bersama kekasih asalnya untuk hidup bersama. Si lelaki tidak merasai kebahagiaan yang dikecapi sebelum ini. Dia mula memikirkan contract lover. Timbul perasaan rindu terhadap contract lover. Semuanya berkaitan si contract lover.

2 comments:

Tanpa Nama berkata...

eum.. rasa'y.. tgk byk sgt story indon.. haha.. try tgk full house.. best gak.

*it all depends on fate..

p/s: so will B marries his lover and forget the cotract lover?..Mr.Editor?.. sambung story la~ haih~..x efficient'y. =p

teethBenthic berkata...

Ni adaptasi dr movie mandarin la.. Full house, dh lama tgk..citer best n lagu pun masyuk je ngn halwa telinga..

p/s: guess..dh nama pun citer, mr editor saje je nk wat follower t'tya2..ha3