Pages

Sabtu, 7 Februari 2009

practical - chapter 2

Hotel murah di Rompin menjadi pilihan untuk aku dan yang lain-lain berehat sebelum meneruskan perjalanan ke Pekan. Teringat beberapa peristiwa yang agak melucukan semasa aku menginap di hotel itu. Hotel murah ini terlalu kecil untuk memuatkan aku dan rakan-rakan yang lain. Tiada tempat untuk aku dan yang lain-lain untuk bersolat. Alternatifnya, bersolat di atas katil. Seorang demi seorang bersembahyang di atas katil itu. Semasa aku bersolat pun telah dapat rasakan yang katil ini tidak beberapa stabil. Huyung hayang. Sehinggalah giliran seorang kawan aku yang mempunyai susuk badan agak berisi. Dengan yakin dia pun naik dan solat di atas katil. Takbir ratulihram dan semasa berdiri tegak, alhamdulillah ok. Hah..masa rukuk, "eak" kedengaran bunyi yang menjanggalkan. Iktidal "eok"..dan seterusnya "eak..eok..eak..eok..".."ni kalu cmni, rakaat yang kedua msti ad yg t'sungkur kt lantai" tiba-tiba ada yang bersuara semasa mamat tadi sedang solat. "hahaha..."gelak memecah kesunyian dalam bilik hotel sehingga mamat tadi tidak dapat meneruskan solatnya. Tidak khusyuk kerna katil yang tidak stabil dan gangguan persekitaran.
[
Mandi pagi, sejuknya air di situ bagaikan dirasa sampai ke tulang sum-sum (cm citer komik la lak). Selepas mandi baru perasaan ada heater di dalam bilik air. Kalau perasaan pun, bukannya tahu guna. Dengan yakin, aku cubalah guna heater tadi. Abih puas pulas. Sama sahaja air dari heater pun. Masih sejuk. "biar jelah"..aku keluar dari bilik air. Selepas beberapa minit, kawan aku pula masuk ke bilik air. "arghh...panas..panas..panas..sape punya keje ni..nk bunuh ak ke ape"..sayup kedengaran jeritan dia dari bilik air. Wasap-wasap putih memenuhi ruang udara bilik air pabila pintunya dibuka. "ooo..buke heater dulu, biar bape minit..baru air jd panas.." aku telah belajar sesuatu yang baru. Yang lain-lain seperti biasa gelak sakan. Selepas bersiap, kami bersarapan. Pekan, kami dalam perjalanan. Tunggu ke datangan kami. Semangat aku dan tidak sabar-sabar untuk ke tempat praktikal. Selepas sejam lebih perjalanan yang dihiasi pantai di kanan dan paya bakau di kiri aku. Tiba akhirnya aku di SCE. Tempat aku bakal untuk menjalani latihan praktikal. "ye dok kt cni aku praktikal nnti" keluh hati kecil aku. Serba tidak kena. Tidak seperti yang aku saksikan di dalam video semasa kelas amali Dr A....
[
Dari jauh kelihatan bangunan-bangunan usang. Sangat usang. Ia dihuni pekerja-pekerja kilang yang kebanyakan orang seberang - Indonesia. Kolam-kolam yang sangat besar. Aku rasa paling kecil pun sebesar padang bola sepak. Ingatkan kolam di tempat aku belajar dulu besar. 4 kolam di tempat aku belajar baru sama dengan 1 kolam di sini (cuba anda bayangkan). Setiap kolam aku dapat perhatikan sesuatu yang berputar laju bagi mengerakkan air. Paddle wheel. Itulah nama kincir air yang sentiasa ligat berpusing di dalam kolam-kolam. Cuma..pondok-pondok di tepi kolam sahaja yang mencacatkan sedikit pemandangan. Pendaftaran di pejabat dan kemudian kami dibawa ke asrama bagi penempatan pelajar praktikal. Aku serta yang lain-lain ditempatkan di 1 blok bersama pekerja-pekerja syarikat ini. Uuu..teruknya penginapan itu sangat sukar digambarkan dengan kata-kata.
[
Teringat aku pada seorang pekerjanya. Memakai rantai emas sebesar ibu jari kemas di lehernya. Kulitnya agak gelap jika dibandingkan dengan aku. Riaknya muka seperti seorang samseng. Haihh..cuak juga aku masa mula-mula sampai di asrama ini. Tandas. Erm.. aku rasa bagaikan berada ditempat pembunuhan. Sangat kotor dengan tut.. tersumbat di dalam kebanyakan tandas. Arghh..eh silap..eee..geli..Tiba-tiba tekak aku terasa dahaga. Aku panaskan air menggunakan heater. Loya bila airnya mula membasahi tekak aku. Kerna terlalu dahaga, terpaksa aku telan jua. Hari pertama sahaja pelbagai perkara yang berlaku menyebabkan hati tidak selesa dengan tempat ini. Hati kecil sentiasa memberontak untuk dipindahkan ke tempat lain. Tetapi fakulti telah tetapkan masa, hanya selepas 2 minggu. Pilihan akan diberikan sama ada untuk terus tinggal atau meninggalkan tempat yang aku jalani praktikal. Terpaksa menunggu.

0 comments: