Pages

Khamis, 5 Februari 2009

Practical - chapter 1 : journey

Diploma tahun 2 jika aku tidak silap. Dr A.... telah menayangkan video mengenai ternakan belut yang dijalankan oleh sebuah syarikat Taiwan di Pahang. Teruja aku melihat belut dengan lahap menyambar makanan, kolam-kolam yang hijau kebiruan, infrastruktur, keindahan, kecantikan pemandangan kawasan ternakan belut terutama di waktu malam. Hati aku membuak-buak untuk menjalankan praktikal di situ bila semester 5 nanti. Selain sebab di atas, satu sebab utama yang menguatkan lagi nafsu aku untuk ke sana adalah dekat dengan kampung halaman. Pejam celik pejam celik tanpa aku sedari, senarai tempat untuk menjalani praktikal mula ditampal dipapan notis oleh pegawai yang berkenaan.
[
5 kekosongan, berebut aku dan kawan-kawan yang lain untuk mendapatkan tempat itu. Elaun, penginapan dan pengangkutan diberikan. Bonus bagi aku dan yang lain-lain. Buka sahaja semester 5, aku ke fakulti. Daftar praktikal. Seterusnya pada malamnya, bermula perjalanan yang menyebabkan kecintaan aku terhadap bidang akuakultur makin meluap-meluap. Diploma, kumpulan aku dilayan bagaikan budak sekolah. Aku dan kawan-kawan dihantar ke tempat praktikal menggunakan bas universiti. Masih mentah, itu difikirkan oleh pihak pengurusan. Perlu pengawasan dari pegawai yang bertanggungjawab.
[
Melaka, destinasi pertama yang aku tempuhi selepas mengharungi pekat malam perjalanan yang agak lama dari Terengganu. Kumpulan demi kumpulan mula turun ke tempat praktikal masing-masing. Bandar Melaka, apa entah nama tempat itu. Tidak ingat aku. Masih segar difikiran sebuah bangunan pentadbiran dan bentuk masjidnya yang agak pelik. 3 orang melapor diri di situ. Kemudian perjalanan diteruskan ke Batu Berendam. Mereka yang awal-awal ini agak bertuah kerana tempat praktikal dan penginapan berdekatan dengan bandar. Seterusnya ke Alor Gajah. Perjalanan yang sangat meletihkan. Dari jalan besar, lurus dan besar. Bertukar kepada jalan kampung, kecil dan bengkak bengkok bagaikan ular yang dipalu. Kiri kanan mata aku disajikan dengan pokok kelapa sawit dan hutan tebal menghijau. Pada mula agak mendamaikan. Tetapi lama kelamaan..
[
Bosan. Sangat membosankan pabila destinasi yang seterusnya ini tidak kunjung tiba. Itu yang dapat aku gambarkan. Puas menunggu dan kadang-kadang membuatkan aku mabuk. Sehinggalah bas sampai di sebuah kampung yang jalannya mati. Kawasan tanah tinggi yang sangat mendamaikan. Dikelilingi gunung-gunung yang menyejukkan mata memandang. Di bawahnya kolam-kolam ternakan ikan. Memang sangat sesuai untuk projek akuakultur. Masing-masing mula melihat handset yang dibawa. "wah...xde bar langsung" keluh seorang daripada budak-budak aku. "sib baik aku gune celcom, ad gak 1-2 bar" balas yang lain. Aku pun tidak tahu kenapalah penting sangat handset dalam kehidupan mereka. Public phone juga dihati.
[
"Nasib korg la dpt kwsn jin bertandang, msti keras kwsn ni" usik kawan-kawan aku yang lain. Disambut dengan derai ketawa. Celupar sungguh mulut mereka. Kebanyakan pelajar-pelajar tidak tahu suasana tempat praktikal seperti mana. Hanya mendengar cerita daripada senior sahaja. Atas luck sama ada dapat kawasan terpencil di dalam hutan atau berdekatan dengan kawasan orang ramai. Malaysia, mana ada orang buat akuakultur di kawasan bandar. Mustahil. Nak atau tak nak, terpaksalah terima seadanya. Dari Melaka ke Johor. Gelang Patah, menjadi destinasi seterusnya untuk menghantar budak-budak untuk menjalankan praktikal. Dekat dengan bandar. Sesuai dengan perangai budak-budak yang koya dengan kehidupan bandar (skang dorg smua kamcing ngn aku.ha3). Tidak mahu campur dengan orang-orang pantai timur. Lantak. Aku tidak rugi apa-apa pun.
[
Kemudian perjalanan diteruskan ke Mersing. Daerah di Johor yang agak terpencil dengan arus pembangunan. Terlalu penat mengharungi perjalanan sepanjang masa. Mata aku bagaikan diletak batu yang sangat berat, sehinggakan aku tidak mampu lagi menahannya. Hanya tidur sahaja dapat mengatasinya. Aku lelap buat sementara. Sehinggalah sampai di satu kawasan. Bagaikan dilanda gempa bumi, aku terjaga dari buaian mimpi pabila bas melalui jalan jauh terperosok dari orang ramai. Jalan yang hanya beralaskan batu-batu. Menurut penyelia di sana hanya telefon satelit sahaja dapat menghubungkan kawasan itu dengan dunia luar. Kesian. Tapi hendak buat bagaimana. Itu pilihan yang telah dibuat. Mungkin ada benarnya kata-kata orang yang berjaya adalah mereka yang bijak membuat keputusan dengan tepat.
[
Pada malam itu juga, kumpulan ini ditinggalkan. Walaupun salah seorang daripada mereka seperti merayu-rayu supaya tidak ditinggalkan. Perancangan telah dibuat. Senyuman yang agak kelat terukir dibibir mereka. Bas terus berlalu pergi. Hanya lambaian selamat tinggal sahaja yang mampu aku berikan. Di dalam bas sangat lenggang kerna kumpulan aku sahaja yang belum sampai di tempat praktikal. 5 orang pelajar, 2 pegawai dan 2 orang pemandu bas. Kebas punggung aku setelah berada di dalam bas melebihi 24 jam. Azabnya erm...hanya tuhan sahaja yang tahu. Pabila bas memasuki Rompin, pegawai yang bertanggungjawab membuat keputusan untuk berehat di situ terlebih dahulu kerna perjalanan masih jauh. Dicadangkan perjalanan disambung esok.

2 comments:

Tanpa Nama berkata...

awk skrg ni public phone ttp d ati gk ke..hehe..emm..best gk ingt zmn muda2 dl kn ;)

p/s: rs nye msti awk jujur n ikhlas je lg time 2 ;p

teethBenthic berkata...

susah sy nk ckp, tp tpaksa d'luah'n gak.."kami" dh x serasi b'sama. Berat sgt tuk d'tanggung. Dlu kena b'atur b'jam2 b4 leh gune. Skang segan lak nk gune cz cm dlm ktgglan zmn sgt.. Den ting..ting..ting..byi koin jatuh..duk plak kt hostel..hahaha.. klaka ingt blik zmn mude2..

p/s: i'm stil da same, x p'ubah pepe pun..kdg2 jelah ad 2-3 org tegur.."wah..awk mkin sweet la" 2 je kot skang.hahaha