Pages

Isnin, 2 Februari 2009

aku, lelaki, wanita & ....part IV

Bukan aku sombong. Aku lebih suka untuk berkawan dengan kaum lelaki. Itu merupakan masalah utama kenapa aku tidak boleh bercampur gaul dengan wanita. Tambahan pula ada segelintir kawan aku terdiri daripada golongan "ala-ala" (ala lelaki lembut). Ini menyebabkan ada pihak yang tidak bertanggungjawab, menganggap aku ini bukan lelaki yang normal. Bengkak bengkok. Lelaki yang suka pada lelaki. MasyaALLAH mohon dijauhkan daripada perkara yang keji ini. Aku bukan ... seperti sesetengah orang fikirkan. Aku normal. Ada perasaan untuk menyukai, disukai, menyayangi, disayangi, mencintai, dicintai WANITA. Cuma kawan-kawan dan 'volley" sahaja bertahta dihati. "Mereka" sentiasa membuat aku ceria dan membuat aku tidak mengerti apa itu kesunyian (dh keje rasa gak sunyi.huhuhu).
[
Tidak salah kita berkawan dengan sesiapa sahaja. "Penting niat dan keikhlasan" memetik kata-kata tanpa nama. Jangan menjadi lalang, mengikut ke mana sahaja pabila ditiup angin. Yang baik jadikan tauladan, yang jahat biarkan ia menjadi sempadan yang amat sukar untuk kita seberangi. Biar menjadi ikan di lautan. Walau betapa masin air laut biru, ia sedikit pun tidak menyebabkan ikan ini berasa masin (ikan masin x kira la). Tapi jangan menjadi seperti anak ikan yang degil, kerna mahu melihat dunia yang sebenar. Si anak ikan ini mengabaikan nasihat sang ibu, terpedaya dengan lambaian dan pujukan umpan dimana tersembunyinya mata kail. Bila tersedar, tup..tup..di dalam kuali yang panas. Tiada makna semua itu. Menanti untuk diratah dengan lahap pengail yang berjaya memperdayakannya.
[
Rasa teruja pula untuk berkongsi cerita dengan golongan "ala-ala" ini. Kalau lah mereka tahu aku "publish", mesti sumpah seranah akan sampai ke telinga. Itulah mereka, suka cakap lepas. Mula-mula bergaul dengan mereka, erm..sakit hati, panas dan kadang-kadang emosi terganggu juga bila selalu di"pangkah" tahap maksima. Kini, immunisasi aku terlalu kebal untuk menangkis serangan seperti itu. Lali dan menjadi perkara biasa. Masak sangat dengan perangai golongan ini. Kadang-kadang aku "smash" boleh tahan juga dahsyatnya. Teringat satu peristiwa di UPM, semasa MASUM 2001. Tengah malam buta, tiba-tiba terdengar ketukan di pintu bilik aku. "Hantu ke?" spontan soalan itu muncul difikiran. Kerna ketukan itu terus memecah kesunyian, dalam takut aku beranikan diri membuka pintu. Dengan mata masih kabur dan kepala tengah mamai.
[
Tiba-tiba mataku terpaku dengan kelibat seseorang yang sangat aku kenali. "Jualiana Banos?". Penyanyi yang popular dengan lagu "yang mana 1" anak didikan KRU suatu ketika dulu. "Tidak mungkin minah "mixed" nie dtg ke bilik aku, apa kejadahnya". Satu demi satu soalan mula menghantui aku. Hinggalah aku terpandang sesuatu yang merungkai segala persoalan tadi. Sesuatu yang aku perolehi secara percuma pabila mencapai akil baligh. "xkn la wanita ada HALKUM". Haa..lelaki "ala-ala" rupanya. Serius muka dia sangat-sangat persis Juliana Banos. Dengan selamba dia dan 2 orang lagi kawannya masuk ke bilik aku. Terus duduk di atas tilam empuk kawan sebilik aku. Aku hanya mampu memandang dengan penuh kehairanan. "relax r, dorg smua kwn 'kak long'" tiba-tiba kawan aku memberi penjelasan.
[
AYU. Itulah nama tuan empunya badan yang mempunyai wajah seperti Juliana Banos. Erm.. sungguh ayu dan sopan 'mamat' bernama Ayu ini. Kebetulan ada lagi seorang kawannya, Ayu juga namanya. Gambaran. Tidak seperti Ayu yang mula-mula tadi, sungguh erm... Lelaki mana boleh jadi wanita. Itu sahaja yang aku boleh bagi komen. Pelbagai lagi kisah yang hendak ditulis, berkaitan dengan AKU, LELAKI, WANITA & ... ini. Tetapi coretan pendek aku ini sahaja telah mencecah 'part iv'. Pengalaman, suka duka perjalanan hidup mematangkan fikiran AKU, belajar untuk menjadi LELAKI yang mula menghargai WANITA. Semestinya aku bukan ....

6 comments:

cahaya berkata...

a great friendship come from a great person...untuk berkawan dgn ikhlas,kita tak memerlukan alasan mengapa aku harus berkawan dengan die..perempuan dan lelaki masing2 punya kelebihan dan kekurangan yg tersendiri yang tuhan jadikan untuk melengkapi satu sama lain..(^__^)~cahaya~
p/s:citer suker wat2 suspen gitu..huhuhu(~~_)

teethBenthic berkata...

kerna itulah manusia dijadikan berpasangan, adanya kaum adam dan kaum hawa. Sokong sangat statement cik cahaya, tuk saling lengkap melengkapi antara yang lebih dan yang terkurang tuk khidupan yang lebih baik.
p/s: dh nama pun citer..baru ada suspen cm prison break..hehehe

Tanpa Nama berkata...

ayat kt ats 2 cm jiwang je..tul r leh jd pnulis nvl pasni..he3..cte cinta + suspen + thriller cm prison break ;)

p/s: dgil nye ank ikan 2..x cm sy.hehe..

teethBenthic berkata...

jiwang ke?(tanya ngn muke serius).. harap masin mulut awak. hehehe..slain volley dh ad hobi baru..tulis novel?..erm..xleh kot..

p/s: degil cm sape? jiran sy.. pandai..hehehe

Tanpa Nama berkata...

yup..tul x tipu (jwb ngn muke lg serius)hehe...em rs cm ari2 mkn budu..so msin dh kot mlt sy..huhu...

p/s: nk tkr la..dgil cm jiran kpd jiran awk kot ;p

teethBenthic berkata...

Tapi..sy suke lagu rock, cubolah..cubolah..ehem..ehem... testing 1..2..3..cubaan sore 1,2,3..hehehe..kdg2 rock pun kena jiwang gak..

p/s: kalu yg 2 awk nk tau..degil sgt2..degil cm awk kot..hehehe