Pages

Jumaat, 30 Januari 2009

aku, lelaki, wanita & ...part III

Setelah sampai di UUM, Sintok, tiba-tiba ada kawan dia pula yang hendak berkenalan dengan aku. Pelik sungguh. Masih di dalam fikiran SOSIAL. Kenapa dengan budak-budak "netball". Aku abaikan sahaja. Bukan jual mahal, tetapi keliru. Orang tidak pernah berkawan dengan wanita lah katakan (masa tue lah. skng ak lak yg sosial.hahaha). Rasa tidak keruan, rasa sesuatu yang tidak dapat digambarkan dengan kata-kata. Kepala aku ditembak pelbagai soalan yang bukan-bukan. Macam biasa, sahabat aku main peranan sebagai orang tengah. Sahabat baik aku banyak mengajar dan mengubah aku untuk berkawan dengan WANITA.
[
Mendapat tunjuk ajar dari mentor, aku mulakan langkah untuk berkawan dengan dia. Dia seorang yang "huha" tapi bila bersama dengan aku. Tidak tahu kenapa diam seribu bahasa. Aku lagi lah. Tidak tahu apa yang hendak dikongsi atau diborakkan. Semua senyap dan cuma kadang-kadang senyum pabila saling bertentang mata. Kalau asyik awak pandang saya, saya pandang awak, lama-lama bosan.. KAWAN seperjuangan semasa di MASUM itu sahaja yang aku fikirkan. Tidak lebih daripada itu. Aku ingatkan perkenalan itu hanya bermula dan tamat di situ sahaja. Kebetulan pabila buka semester baru, aku dan kawan-kawan seperti biasa akan ke fakulti untuk uruskan beberapa hal yang berkaitan sebelum bermulanya kelas. Erm..tidak sangka akan terserempak semula dengan dia di FST. Senyum kan sedekah, aku lemparkan satu senyuman dan cepat-cepat elakkan diri daripada dia. Kenapa? aku pun tidak tahu kenapa..
[
Memetik kata-kata kawan aku, "bila gal suka kt some1, dia akan tunjukkan hint kt lelaki. Tapi bila guy plak bengap x phm ape yg d'hint kn..lama-lama dia akan mengundurkan diri"..(ye dok statement ni..gal, komen.hehehe). Sahabat aku pula masih tidak berputus asa untuk merapatkan lagi perkenalan ini. Selalu sahaja mengaturkan pertemuan antara aku dan si dia. Tetapi beribu alasan aku berikan untuk mengelak untuk bertemu dengan si dia. Telefon bimbit bukan satu keperluan pada masa itu. Orang tengah, "public phone" dan surat sahaja menjadi bahan perantaraan untuk mengutus khabar berita.
[
Teringat kad raya dengan "lampiran" A4 yang panjang lebar bagi menerangkan kenapa, mengapa, sebab musabab si dia ingin berkenalan dengan aku. Beratur dan menunggu berjam-jam untuk menggunakan 'public phone". Pinjam "handset" member untuk balas SMS dengan dia. Tetapi semua itu hanya tinggal kenangan yang indah, dia banyak mengajar aku untuk "berurusan" dengan WANITA. Jika tidak kerna dia, mungkin aku tidak mengenali lagi makhluk istimewa yang dikenali sebagai WANITA. Menanti jawapan yang tidak pasti. Hubungan tamat begitu sahaja.
[
p/s: si dia kini berbahagia dengan anaknya yang comel. Jeles plak tgk mmber2 ramai dh kawin.hahaha

6 comments:

linda aka konda berkata...

cepat la..
xsaba nak tengok abg alim kawen..
hehe
cepat la..

teethBenthic berkata...

tgh mcari calon ni..ha3 insyaAllah kalu ad rezeki n jodoh..

Tanpa Nama berkata...

x sume kot yg ske bg hint...
kna phm2 sndiri jela..hehe..

p/s:x sbr gk nk tgk org 2 tmt kn zmn rmja purba dia ;)

teethBenthic berkata...

kena aja2 fighting la ni.ha3..kalu nk phm sdiri susah gak. kang org kata prasan plak.hu3

p/s: nk cepat mmg kena msuk mminang awk..ha3.

Tanpa Nama berkata...

ape slh nye prsn sket2..bkn org tau pn hehe...

p/s: suke ati dia je ;p

teethBenthic berkata...

yela hidung dh ler x mncung, pp lak t'sorong2..kalu snyum pun kdg2 je ad lesung pipit. 2 pun t'pksa tolak gune jari.hehehe..kalu gal xnk bg hint, laki jelah bg hint. hehehe..

p/s: lupa kena m'risik dlu..ha3