Pages

Selasa, 13 Januari 2009

we want 2 win..win..win..

"i'm the champion, we are the champion, we gonna win, win..win..win..umt go.." itulah antara bait keramat yang akan menaikkan, membakar dan menyemarak semangat pasukan bola tampar yang pernah aku wakili dulu.
[
Bercerita mengenai kemenangan, tergerak hati untuk menyentuh isu pilihanraya kecil dan Anugerah Juara Lagu 2009. Baru-baru ini parlimen kuala terengganu baru sahaja selesai mengadakan pilihan raya kecil bagi mengantikan ahli parlimen yang telah kembali ke rahmutullah setelah diserang penyakit jantung semasa bermain badminton bersama rakan-rakan. Keputusan pun telah diketahui umum, calon PAS, Mohd Abdul Wahid Endut telah memenangi pilihanraya tersebut dengan majoriti 2 631 undi. Beliau telah mengalahkan calon BN, Datuk Wan Ahmad Farid Wan Salleh dan Bebas, Azharudin Mamat @ Adam.
[
Siapa yang menang itu bukan satu masalah (mungkin menjadi masalah kepada pihak yang kalah), kita mengamalkan demokrasi, rakyat berhak memilih sesiapa sahaja untuk dijadikan pemimpin yang dirasa dapat menjaga kebajikan dan pelbagai masalah yang dihadapi mereka. Harap calon yang menang ini dapat menjalankan amanah atau mandat yang telah diberikan oleh rakyat dengan sebaik yang mungkin. Di pantai timur sedang dilanda musim tengkujuh, biarlah satu kerajaan sahaja memerintah atau mentadbir sama ada "gelombang biru" atau "bulan penuh". Pabila laut tengah bergelora dek "gelombang biru", berlaku pula ketika "bulan penuh" (mereka yang belajar mengenai air pasang surut mesti mengetahui mengenai fenomene ini) pasti pertembungan ini akan menghasilkan bencana yang amat dahsyat. Minta-minta ia dijauhkan supaya negeri dan negara kita aman dan damai tidak seperti yang dialami Palestin sekarang.
[
Laguku untukmu(kalau tidak silap) yang didendangkan oleh kumpulan meet uncle hussain telah diiktiraf sebagai lagu terbaik oleh para juri profesional di Anugerah Juara Lagu semalam. Memang gempak dan betul-betul bertenaga menyaksikan persembahan kumpulan ini semalam. Rasa seram sejuk, menyebabkan bulu roma aku meremang mendengar alunan suara vokalis dengan "make up" yang unik itu. Mereka layak menang walaupun ramai menjangkakan faizal tahir akan menggondol semua anugerah semalam. Keseluruhan persembahan memang hebat-hebat belaka (mesti pening kepala para juri untuk menilainya) terutama faizal tahir dan stacy. tetapi terdapat segelintir finalis seperti tidak bersedia dan menyampaikan lagu begitu bersahaja seperti melakukan persembahan biasa. Kalah sebelum berjuang mungkin, itulah "term" yang paling sesuai untuk diberikan kepada mereka.
[
Wassalam..

1 comments:

Unknown berkata...

aku tetap rase MUH x layak..Propaganda TV3..hehehe..