Pages

Jumaat, 16 Januari 2009

The never ending story

0700am
Sangat memerlukan kuatan, semangat dan azam untuk menempuh dan mengharungi kedinginan pagi untuk memulakan hari yang baru. MANDI.
[
0730am
Kereta mahal mana sekali pun, jika tiada minyak petrol tiada maknanya. Manusia pun begitu juga, menurut kata bijak pandai (lecturer aku) elok SARAPAN pagi. Baru boleh bergerak tanpa apa-apa halangan dan dapat beri tumpuan yang penuh. Syarat pertama sebelum bekerja, punch card dan tunggu rakan staf yang lain (perkara yg sangat membosankan aku, kadang-kadang aku tinggal sahaja mereka) untuk pergi sarapan. Lepak sambil membuang masa (patut pun staf-staf kerajaan kurang produktif), jangan silap faham..bukan semua staf kerajaan seperti yang dinyatakan di atas. Ramai juga yang bagus-bagus, harap-harap aku juga tergolong di kalangan insan yang bertuah ini.
[
0830am
Botol sampel, pipet dan aku bagai tidak dapat dipisahkan. Bagaikan irama dan lagu yang sentiasa menemaniku untuk melakukan kerja harian. Kadang-kadang membuatkan aku kebosanan kerna sentiasa melakukan rutin yang sama setiap hari. Pipet sampel anak udang galah dan perhatikan perkembangan "anak-anak ku" ini membuatkan aku bagaikan seorang ayah.

Daripada "ibu" yang "mengandung" kemudian "bersalin", semua itu akan aku perhati dengan 2 mata, catat dengan pena ke dalam diari. Mengharapkan sangat tiada apa yang aku terlepas sepanjang proses yang penuh dengan ketegangan itu. uuuhh..gembiranya aku sehingga tidak dapat digambarkan dengan kata-kata pabila mata aku dapat melihat sesuatu yang terampai-ampai memenuhi ruang air. Haah itulah anak-anak udang galah yang baru menetas. Sungguh comel (so cute orang kampung aku cakap) makhluk BENTHIC ini diperhatikan di bawah mikroskop.

[
Setiap hari aku akan perhatikan matanya yang bulat, besar dan hitam, perhati jari jemarinya serta juga badannya. Setiap perkembangannya akan aku abadikan bagi membolehkan ia diperhatikan oleh mereka yang berminat. Dengan rasa ikhlas kadang-kadang terpaksa, aku akan perhatikan semua itu di bawah mikroskop. Aku luangkan lebih separuh daripada masa kerja untuk melihat makhluk BENTHIC ini. Seekor demi seekor "anak-anak ku" diperhatikan di bawah mikroskop untuk melihat perbezaan tumbesaran antara adik-beradik satu ibu ini.
[
0100pm
Bunyi loceng punch card pada pukul 0100 tengahari bagaikan irama yang akan sentiasa merangsang nafsu setiap staf untuk keluar dari pejabat bagi mengisi perut yang kelaparan. Sama ada mereka bersarapan awal, lewat atau tidak mengalas perut langsung pada awal pagi membuatkan mereka dan aku senyum pabila terdengar bunyi lagu keramat ini untuk LUNCH.
[
0230pm
Sepatutnya tepat pukul 0200pm selepas bunyi loceng, berebut-rebut staf masuk ke pejabat semula. Tetapi bunyi loceng kali ini bukan dianggap keramat tetapi sakit hati yang amat, akan membuat sesetengah staf yang merasa rehat yang diberikan terlalu pendek. Mulalah terdengar kata-kata yang mungkin boleh diabaikan sahaja terpancul dari mulut staf-staf termasuk aku. "hai manalah staf ni, dah pukul berapa xda lagi kat ofis" kata-kata yang biasa kedengaran jika ada orang yang hendak berurusan pada pukul 0200pm.
p/s: datang ler pas kul 0230pm kalu nk b'urusan petang2.
[
0500pm
Tepat 0445pm, satu lagi bunyi keramat yang ditunggu-tunggu akan kedengaran. Bagi mereka yang tiada kerja, "yes boleh balik awal arini". Bagi mereka yang bertimbun kerja yang perlu dihabiskan, uhh mengeluh awalnya bunyi loceng hari ini. Pedulikan itu semua, tepat 0530pm cuaca cerah, gelanggang bola tampar akan menjadi sahabat yang paling setia untuk aku menenangkan fikiran. Boom..hentaman kuat mengenai badan "sahabat setia" aku ini, tidak pasti ia sakit atau tidak, tetapi 1 kepuasan yang hanya dirasai oleh mereka gilakan sukan BOLA TAMPAR.
[
Tapi jangan bersedih (seperti tajuk buku motivasi housemate aku), manusia akan menjadi lebih baik dan bagus dalam melakukan sesuatu kerja jika betul-betul memberi 100% komitmen terhadap perkara tersebut. InsyaALLAH supaya dimakbulkan, kerna ia juga sebahagian dari perjalanan hidup aku. Matlamat, perancangan, usaha, pelaksanaan akan membuahkan hasil. Tapi semua itu akan meniti pelbagai dugaan dan cabaran serta suka duka yang akan membuat aku supaya menjadi lebih matang.

0 comments: