Pages

Rabu, 28 Januari 2009

aku, lelaki, wanita & ...part II

Pabila umur aku menjengah 20 tahun, merupakan saat pertama WANITA mula mendekati untuk berkawan dengan lelaki seperti aku. Bagaikan tidak percaya, "i'm in dreaming" bisik hati kecil ku. Sosial..tetapi itulah tanggapan pertama aku terhadap wanita. Kawan biar seribu, jadi tidak salah kalau hendak berkawan. Nanti dicop sombong pula. Dipengaruhi kawan aku sebagai orang tengah, aku layan sahaja karenah mereka berdua.
[
MASUM 2003 akan diingati sampai bila-bila, seperti biasa aku dan rakan-rakan yang lain menjalani latihan intensif bagi persiapan untuk kejohanan bola tampar. Kebetulan pada satu petang semasa membuat latihan, hujan lebat turun dengan tiba-tiba, tanpa berfikir panjang dengan langkah seribu aku berlari masuk ke dalam dewan besar. Petang masih muda, hendak balik pun terlalu awal. jadi aku meneruskan latihan ringan. Hah..awek-awek bola jaring pun turut berlatih di dalam dewan tersebut. Daripada "digging" bola tampar, aku dan beberapa rakan yang lain bertukar angin mengasah bakat yang tumpul bermain bola jaring.
[
"Sporting"..budak-budak "netball" melayan sahaja karenah aku dan yang lain-lain bermain bola jaring. Kalah..adatlah kalau berlawan dengan pasukan universiti, lagi pun bola jaring memang "makanan" budak-budak perempuan (kalau ada wanita di luar sana tidak pandai, x tau la). Masih dianggap "gentlemen" kalau kalah pun. Selepas tamat latihan, aku pun menolong budak "netball" mengutip bola. Hendak dijadikan cerita, ada seorang budak "netball" tengah memegang jaring untuk mengumpul bola. Jadi aku mencapai bola dari lantai terus sahaja lontar ke dia. "Awak.." jerit aku pabila mendapati budak tadi tiba-tiba paling ke arah lain..Papp..bola yang aku lontar "bum" dari lantai terus "mencium" muka budak itu pabila ia paling semula mukanya ke arah aku.."uuu..mesti sakit giler"..
[
Tergamam aku tanpa sempat meminta maaf, budak tadi terus menghilangkan diri. Setelah beberapa minit, terdengar pula khabar angin, yang budak itu ke klinik. Panik aku buat seketika, tanpa berfikir panjang aku mengikut kawan ke klinik. Dalam perjalanan ke klinik, aku terserempak dia di depan klinik. "awak ok?" member aku tanya kepadanya. Segan aku hendak menegur dia. Member dia pula bising-bising. Bla..bla..bla.."full stop". Lega hati aku, dia ok sahaja, tiada kecederaan serius berlaku akibat "flying kissing" (bola netball k, jgn pk lain plak) tadi. Selepas eksiden itu, aku dan terutamanya member aku berkawan baik dengan budak-budak "netball". Budak itu juga hendak berkawan dengan aku. Sosial..jadi aku buat tidak tahu sahaja salam perkenalan daripadanya. "Amboi sombong giler mamat nie"..mungkin itu yang difikirkan budak itu pada masa itu..

1 comments:

cahaya berkata...

bibit perkenalan yang menarik walaupun sedikit tragis(^_^)menanti cerita seterusnya!!