Pages

Isnin, 19 Januari 2009

Transformasi..part II

"Gifted" mungkin, dari pemerhatian, aku mula belajar bermain bola tampar di gelanggang yang diwujudkan jauh terperusuk di kepala otak. Tiada kekuatan untuk mencubanya secara realiti, orang-orang kampung semua kejam. Kutukan..uhh sungguh tajam menusuk kalbu. Pemikiran tidak matang menyebabkan aku terlalu emosi untuk belajar secara realiti. Orang rendah boleh "spike" melepasi jaring bola tampar, aku yang tinggi seperti beckham "serve" pun tidak lepas (beckham mane reti main volley, x gitu). Jadi aku lebih suka menghabiskan masa bermain bola sepak dan kadang-kadang badminton.
[
Bukan setakat itu, masa petang sepatutnya diluangkan dengan bersukan aku habiskan dengan menconteng buku-buku latihan lama dengan potret-potret artis bolloywood. Satu demi satu muka surat dihiasi dengan shah rukh khan, amita patel, kajol serta tidak ketinggalan hrithik roshan. Ayah sering menjadi "pengacau" ketika aku asyik membentuk mata, hidung, rambut serta muka idola pujaan hati (masa tu la.hehehe). Apa itu SENI, mungkin itu yang tidak difahami menyebabkan ayah sering membataskan aku untuk berkarya. "ko buat apa dlm bilik ptg2 ni? erhh..melukis lg, ko nk jd ape?" masih tergiang-giang di telinga.
[
Bebelan atau bersukan? Sudah tentunya aku pilih jawapan yang kedua, paksakan diri untuk bersukan tiap-tiap petang. Pada hal mak pula tidak suka aku bersukan, alasannya mudah sukan ni ganas boleh menyebabkan kecederaan. Menjadi kebiasaan, pabila cedera akibat bermain bola sepak, aku lebih suka mendiamkan diri daripada mendengar bebelan mereka. Orang tua mana tidak perasan perubahan anak-anak, tidak perlu diungkap dengan kata-kata mereka mengetahui aku menghadapi masalah. Pada kedinginan malam, tika aku tidur nyenyak, ayah mungkin mak akan sapukan ubat (so sweet).
[
Ayah sangat mengalakkan aku bermain, tetapi mak pula sering meghalang aku. Daripada dapatkan tempat aku di dalam pasukan, ajar, belikan kasut dan banyak lagi, mula membuka minda dan luaskan pandangan aku kenapa dipaksa untuk bermain bola tampar. Sukan tradisi keluarga, susuk tubuh badan aku menjadi calon yang paling sesuai untuk meneruskan legasi tersebut. Bagaikan bayi, daripada "menangis", aku mula senyum, merangkak, berjalan, berlari untuk menjadi yang terbaik.
[
Alhamdulillah, dengan berkat usaha keras tanpa mengenal erti putus asa, penat lelah mengharungi pelbagai cubaan dan dugaan. Sesiapa yang mengenali, tahu tahap aku di mana sekarang. Mak dulu penghalang utama, kini berbangga untuk bercerita kehebatan anak lelakinya di gelanggang bola tampar. Apatah lagi ayah, harapan untuk melihat aku hebat (mungkin) telah menjadi kenyataan. Hanya senyuman boleh dikuntumkan dibibir pabila orang kampung bercerita mengenai anaknya. Bebelan mereka akan sentiasa menjadi tonik perangsang, pembakar semangat, aku telan pahit menjadi sesuatu yang positif. Didikan tersebut menjadikan aku sekuat seperti sekarang.

8 comments:

cahaya berkata...

nak blackforest!!!nak blackforest!!!!nak balckforest!!!!

cahaya berkata...

cmner nak follow blog halim ni erk..takde pun link untuk follow...satu gi..cantik skin blog...(~__~)

teethBenthic berkata...

memberi sesuatu tanpa mengharapkan balasan, itu baru dinamakan sahabat.
p/s: stkat aiskim..jom kuar.hehehe

teethBenthic berkata...

baru je add. pasni leh la jd my sharers..hahaha..uncovered story byk sgt tuk dikongsi.

linda aka konda berkata...

amita patel = rase nye amisha patel kan..hekhek
amita = amitabh bachchan..hehe

Unknown berkata...

Daripada x pandai men langsung vball, dh leh la men (xde la cam tahap star)..Daripada ptg2 suka tido, dh ada cara nk lepaskan stress..Walapun passion aku pada vball x sehebat halim, namun vball tetap di hati..

Thanks Halim..(^__^)

cahaya berkata...

antara persahabatan ak salah saling memberi dan menerima..dah bagi guner komputer belanaj r eskem..huhuhu..kedekut r tu...(~~_)baru 2.80 blackforst tuh..

teethBenthic berkata...

to linda
Erm ptut pun rs bunyi lain je..hahaha.dlu bollywood skng plywood, 2 yg x ingt.hehehe