Pages

Rabu, 21 Januari 2009

aku, lelaki, wanita & ...

"Pendiam, pemalu dan kera sumbang" itulah AKU suatu ketika dahulu. Di dalam kelas tiada sesiapa yang ingin berkawan dengan orang pendiam seperti aku. Sering dipinggirkan, ada juga yang cakap aku sombong orangnya. Sepatah ditanya, sepatah lah jawapan yang akan diterima (teringat calon BEBAS yang bertanding di pilihanraya kecil di Terengganu baru-baru ini). Hanya memerhati, senyum, gelak, mendengar perbualan kawan-kawan disekeliling. Walaupun aku terpinggir, tetapi masih ada yang sudi menjadi kawan, sudi membantu untuk aku berubah. Itulah dinamakan sahabat, walaupun tahu itu mustahil, tetapi dia tidak pernah putus asa menasihati aku supaya berubah. Jika dia tahu keadaan aku sekarang, "kan saya dh ckp awk akn b'ubah suatu ari nnti'. Hanya senyuman terkuntum dibibir, malah dia pula akan hanya mendengar aku yang bercakap.
[
Rama-rama..sangat indah pabila melebarkan kepaknya yang penuh dengan 1001 warna itu. Ulat bulu, ia akan membuatkan orang takut untuk mendekatinya. Geli, gatal, etc sebelum berlaku transformasi untuk terbang bebas udara. MASA..itulah yang diperlukan bagi melawan kepompong yang menyelaputinya. Ia tidak boleh dipaksa keluar dari kepompong tanpa kerelaan, kerna ia akan merosakkan keindahan kepak sang rama-rama. CANTIK..tetapi tidak boleh mengapai bunga-bunga yang indah di taman, tiada maknanya, ia hanya akan menyebabkan rama-rama lemah dan terus bersemadi begitu sahaja. Aku bagaikan ulat bulu bersusah payah mencari cahaya menembusi halangan kepompong yang dibentuk sendiri serta mereka disekeliling. YAKIN? itu aku tidak dapat memberi jawapan yang pasti adakah aku kini telah menjadi rama-rama. Yang pasti aku berharap menjadi rama-rama yang diberikan kekuatan untuk setia pada sekuntum bunga yang indah diantara bunga-bunga tulip di taman.
[
WANITA..sangat unik, menawan, menenangkan, kadang-kadang memeningkan itulah gambaran kaum hawa pada pandangan aku mungkin. Bagaikan ada magnet yang menarik aku untuk mendekati wanita, tetapi LELAKI seperti aku..mungkin ke ada wanita yang sudi berkawan, menemani, bergelak ketawa, berkongsi cerita etc dengan aku. Itulah persoalan yang timbul dan tenggelam di dalam otak dengan hasutan-hasutan jahat musuh abadi manusia yang sering menganggu aku. Budak kampung, tiada rupa, pendiam..hanya berbekal sebuah senyuman yang manis (orang cakap) mana mungkin dapat membuat jantung wanita berdengup kencang bagaikan speaker box yang mendendangkan "laguku untukmu". Semua fikiran negatif aku selami ini, ditambah pula mudah tunduk dengan hasutan syaitan ternyata meleset sama sekali. WANITA bukan seperti itu, hanya memandang rupa dan harta..
[
to be continued..

2 comments:

cahaya berkata...

makhluk tuhan senantiasa berevolusi...secara kitaran yang sgt ajaib...samada rama2..atau ulat bulu...kitaran yang membawa watak berbeza setiap kali bertransformasi dan beradaptasi dengan dunia sekeliling....

carilah teman yang sudi menemani di saat suram dan kelam...carilah teman yang sudi mendengar dan menunggu...carilah teman yang bisa memberi dan menerima....jgn tersalah memilih teman...apatah lagi teman hidup..nanti diri dan jiwa yg merana...

teethBenthic berkata...

Kitaran hidup setiap individu sangat unik. cm udang galah ada 11 perkembangan sebelum ia menjadi udang yang boleh berenang bebas di perairan.

Manusia pun begitu. Mereka yang berjaya dan bahagia dalam hidup adalah mereka yang berani dan bijak membuat keputusan yang betul.

Saya sokong cadangan cik cahaya. hahaha..