Pages

Ahad, 18 Januari 2009

Transformasi..

"i'm sick with volleyball" itulah ayat yang paling sesuai untuk mengambarkan perasaan, kecintaan, kegilaan aku terhadap sukan ini. Dulu aku bukan minat pun bola tampar. Aku lebih senang memakai kasut butt, berlari mengejar dan menyepak bola semasa sekolah rendah. Minat aku lebih terarah kepada bola sepak walaupun telah menjejaki sekolah menengah walhal di kampung majoriti lebih suka bermain bola tampar. Tetapi perkembangan fizikal aku mengubah segalanya. Perhimpunan di sekolah, tempat aku semesti di belakang sekali, daripada darjah 1 sehinggalah darjah 6. Peringkat ini perubahan terutama ketinggian tidak nampak begitu ketara sehingga aku masuk ke alam remaja. Perubahan itu berlaku begitu pantas sekali sehingga atau seolah-olah aku tidak mampu dan tidak bersedia menerimanya.
[
Daripada mimpi tutt..,perubahan suara, etc (tidak perlu diterangkan di sini, kalian semua juga pasti melaluinya) serta semestinya dari segi ketinggian aku. Arghh..jerawat juga antara perkara pertama aku tidak boleh menerimanya. Pelik pabila menatap cermin melihat semua perubahan ini, kadang-kadang membuat aku begitu merendah diri. Padahal semua itu ada hikmahnya, tetapi dek otak cetek ditambah dengan kurang pendedahan mengenai semua perkara ini menjadikan aku kebingungan. Kenapa? mengapa? serta pelbagai lagi persoalan bermain di benak otak yang tidak matang ketika itu. Di ingatkan balik, kadang-kadang membuat aku senyum keseorangan. Di sekolah aku rasa bagaikan "alien" dengan susuk tubuh aku yang semakin hari semakin tinggi.
[
Susahnya untuk mendapatkan seluar, kemudian kasut untuk disarung ke sekolah hanya ayah dan mak aku sahaja yang tahu. Kadang-kadang perkara ini sering menghantui zaman sekolah aku. Serius aku tidak minat bersekolah, jika tidak paksaan keluarga sudah lama aku meninggalkan zaman persekolahan. Bodoh betulkan tindakan masa jahiliah. Nasib menyebelahi aku, Allah telah aturkannya sangat-sangat sempurna hingga aku menjadi buta dan tuli dengan nikmat tersebut. "ko nie tinggi saje, nape x join org main bola tampar" sudah lali dengan halwa telinga aku. Abaikan sahaja, masuk telinga kanan keluar telinga kiri. Senyum penting, sedekah namanya jika ada lagi sesiapa mengajukan soalan tadi. Jika aku ke padang, tiada orang bermain bola sepak, aku akan menjadi penonton setia menyaksikan orang kampung bermain bola tampar.
[
To be continued..

6 comments:

Sue berkata...

hi
nice blog :)

Unknown berkata...

bro..1 komen..pakai font beso sket..senang nk baca ehh..(^__^)

cahaya berkata...

1st tiem nak komen blog arelim..hurm..menarik ngat jalan citer..ala rilekla..sumer org melalui saat2 tu..bukan laki jer..pempuan pun..lagi cuak dari korang...huhuhu...adik yati pun tinggi cam arelim gak..kaki jer dah saiz 11..nak cari kasut die mmg bercinta r...penat kaki tawaf shopping complexs kalau time kene teman die cari kasut...kat malaysia nih, org die bantut2 la lim..kat overc tu..saiz kaki arelim standard jerk..hehehe..manusia tu kan seindah2 kejadian...so..be thankfull you have a legs like no others!!(^__^)

teethBenthic berkata...

thank sue..sape eak?x knal

teethBenthic berkata...

to toyo
yeke, org bru blaja. Thank 4 ur komen akan diperbaiki..

teethBenthic berkata...

to cahaya,
citer x abih lg, so jgn lupe mgikuti siri yg akan dtg. myb byk moral kt c2. bkn tuk citer sal xda saiz kasut..
don't miss it =D